Film Korea banyak mengangkat tema yang berbeza-beza sehingga membuat penontonnya tidak merasa bosan, seperti tema percintaan, persahabatan, keluarga, politik, psikopat sehinggalah tema balas dendam.
Tema balas dendam dalam filem Korea tidak hanya di lakukan oleh kaum lelaki sahaja, namun seorang wanita juga mampu membuatkan anda terkejut!
Genre balas dendam selalunya merupakan salah satu bentuk penceritaan yang paling menarik dan membuatkan penonton merasa dan berfikir. Sama ada protagonis berasa ditipu, dikhianati, atau diserang secara peribadi, tindakan membalas dendam dalam beberapa cara mengubah mereka.
Contohnya seperti membalas dendam kematian isteri atau menyelamatkan anak yang diculik boleh mengubah seseorang menjadi orang yang sama sekali berbeza sehingga melakukan perkara yang tidak pernah mereka fikir mampu untuk diri mereka sendiri.
Kadang-kadang tindakan mereka boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan, membuatkan penonton bertanya pada diri sendiri, adakah semuanya berbaloi?
Berikut ialah 9 pilihan filem Korea tentang pembalasan dendam seorang wanita yang mungkin menarik minat anda:
1. NO MERCY (2019)
No Mercy adalah filem Korea yang membawa genre aksi, arahan oleh Im Gyeong-taek. Filem ini menceritakan tentang kehidupan dua adik beradik bernama Park In-ae (Lee Si-young) dan Park Eun-hye (Park Se-wan). Sejak kedua orang tuanya meninggal, In Ae hidup berdua dengan Eun Hye. Keduanya saling bergantung satu sama lain. Suatu hari, Eun Hye menghilang. In Ae berjuang untuk menemukan Eun Hye dan berusaha balas dendam kepada sesiapa sahaja yang bertanggung jawab atas kehilangan adik perempuannya.
2. MOURNING GRAVE (2014)
Selanjutnya adalah Mourning Grave sebuah filem seram misteri Korea Selatan tahun 2014 yang dibintangi oleh Kang Ha-neul dan Kim So-eun. Filem Korea ini diarahkan oleh On In Chun dengan mengangkat tema “bullying”, pasti membuatkan penonton terpaku dengan jalan ceritanya yang menakutkan sekaligus menyayat hati.
Filem ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama In Soo (Kang Ha Neul) yang memiliki kemampuan untuk melihat hantu. Suatu hari In Soo kembali ke kampung halamannya dan bertemu hantu wanita yang bernama Sae Hee. Hantu Sae Hee (Kim So-eun) merupakan hantu yang memiliki perwatakan ganda, sebagai hantu baik dan hantu yang penuh dendam atas kes buli yang telah menyebabkan dia meninggal dunia.
3. MISSING YOU (2016)
Aksi balas dendam dalam filem Korea tidak semua berakhir dengan happy ending, sama seperti dalam filem Missing You yang bercerita tentang seorang anak bernama Hee-joo (Shim Eun-kyung) yang membalas dendam atas pembunuhan ayahnya. Ayahnya merupakan seorang detektif dan sedang menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri. Malangnya, ayahnya dibunuh oleh pembunuh tersebut. Pembunuh bernama Ki-bum (Kim Sung-oh) akhirnya ditangkap.
15 tahun kemudian, Ki-bum dibebaskan dari penjara dan sementara itu detektif bernama Dae-young (Yoon Je-moon) yang pernah bekerjasama dengan ayah Hee-joo dalam kes pembunuhan bersiri sebelum ini belum berputus asa untuk menemukan fakta pembunuhan terhadap bekas rakan kerjanya. Sementara itu, Hee-joo juga telah lama menunggu dengan sabar pembebasan Kim-bum dan mengunakan caranya sendiri untuk membalas dendam.
4. THE TRUTH BENEATH (2016)
Filem Korea tentang pembalasan dendam seorang wanita seterusnya ialah filem yang di lakonkan oleh artis cantik Seon Ye-jin yang mengisahkan tentang penculikan. Filem The Truth Beneath mengisahkan sepasang suami isteri yang mencari anak perempuan mereka yang telah diculik.
Yeon-hong (Seon Ye-jin) merupakan isteri kepada Jong-chan (Kim Ju-hyeok), seorang pembaca berita yang sedang mencalonkan diri untuk menjadi ahli dewan. Di tengah kesibukan kempennya, tiba-tiba anak perempuan mereka, Min-jin, hilang. Yeon-hong merasa panik dan menjadi emosional kerana suaminya lebih mementingkan kempennya berbanding anak perempuan mereka. Dalam filem ini penonton akan disajikan dengan pelbagai kejutan, teka-teki yang diluar jangkaan. Menarik dan mencemaskan!
5. MISSING (2016)
Missing adalah filem misteri Korea Selatan tahun 2016 yang dibintangi oleh Uhm Ji-won dan Gong Hyo-jin. Filem ini menceritakan tentang dua orang wanita, Ji-sun (Uhm Ji-won) dan Han-mae (Gong Hyo-jin) yang sama-sama kehilangan anaknya. Ji-sun adalah seorang wanita berkerjaya yang memiliki anak, Da-eun, dan dijaga oleh seorang pengasuh iaitu Han-mae. Ji-sun merupakan ibu tunggal yang sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan keatas Da-eun dari bekas suaminya.
Suatu hari Da-eun hilang bersama pengasuhnya. Si ibu yang panik dan gusar mencari anaknya dengan menyiasat latar belakang Han-mae. Satu persatu fakta mula terungkai.
6. MOTHER (2009)
Filem Korea Mother ini menerima banyak pujian dan penghargaan dari pelbagai pengkritik filem dunia. Mother adalah filem drama Korea Selatan tahun 2009 yang diarahkan oleh Bong Joon-ho, dibintangi Kim Hye-ja dan Won Bin. Filem ini sendiri mengisahkan mengenai Hye-ja (Kim Hye-ja), seorang wanita petani ginseng dengan kemampuan akupuntur yang telah lama hidup menjanda. Hye Ja saat ini Hidup bersama anak lelakinya bernama Do Joon yang berusia 28 tahun, dia mempunyai masalah mental yang membuatnya masih sering tidur di tempat tidur yang sama bersama ibunya.
Pada suatu hari Do Joon dituduh sebagai pembunuh seorang gadis, namun Hye Ja tidak percaya anaknya melakukan hal itu dan dia juga tidak dapat menerima cara anaknya dilayan. Dia akhirnya menempuh segala cara untuk membebaskan anaknya.
Pelbagai usaha yang dilakukan Hyeji seperti menghubungi beberapa peguam yang terkenal di daerahnya, sehingga mengumpulkan bukti-bukti bahawa anaknya tidak bersalah. Pasa akhirnya, Hyeji berjaya menjejaki pembunuh sebenarnya.
7. THE FIVE (2013)
The Five adalah filem seram thriller Korea Selatan 2013 yang ditulis dan diarahkan oleh Jeong Yeon-shik berdasarkan webtoon-nya sendiri The 5ive Hearts, yang pertama kali muncul di portal internet Daum pada April 2011. Filem The Five bercerita tentang Eun A (Kim Sun Ah) yang balas dendam atas kematian suami dan anak perempuannya.
Jae Wook (On Joo Wan) merupakan pembunuh berdarah dingin yang telah membantai suami dan anak perempuan Eun A termasuk penyebab Eun A menjadi cacat. Eun A merancang membalas dendam terhadap Jae Woo dengan bantuan empat orang yang sedang memerlukan penderma organ Eun A, kerana Eun A mempunyai golongan darah yang sesuai sebagai penderma organ mereka. Keempat orang tersebut akan dapat memiliki organ Eun A jika berhasil membalas dendam terhadap Jae Wook.
8. THE VILLAINESS (2017)
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita pembunuh upahan bernama Sook-hee (Kim Ok-bin), yang sejak kecil sudah dilatih untuk menjadi seorang pembunuh upahan. Dia direkrut menjadi ejen elit, yang menjanjikannya kebebasan setelah 10 tahun bekerja. Namun segalanya menjadi luar kawalan saat seorang dari masa lalunya, tiba-tiba kembali dari kehidupannya dan membawa kembali masa lalunya yang kelam.
9. SYMPATHY FOR LADY VENGEANCE (2005)
Filem Korea yang terakhir adalah Sympathy For Lady Vengeance, filem tersebut dibintangi oleh Lee Young-ae sebagai Lee Geum-ja, seorang wanita yang dibebaskan dari penjara setelah menjalani hukuman untuk sebuah pembunuhan yang dilakukannya. Filem tersebut mengisahkan kisahnya dalam membalas dendam kepada pelaku sebenarnya.
Selama dalam penjara, Geum Ja berbuat baik terhadap banduan-banduan lainnya. Dia selalu menolong banduan yang dibuli oleh para banduan senior. Kerana pertolongannya Geum Ja mendapat gelaran “kind-hearted Geum Ja” yang bermaksud Geunja yang baik hati. Namun, ada sebab kenapa Geum ja membantu mereka. Ini adalah kerana setelah keluar dari penjara mereka harus menolong Geum Ja untuk menyelesaikan dendamnya.
Adakah anda sudah tonton kesemua filem yang disenaraikan diatas?