Home Kdrama/Kmovie 9 Filem Korea Sesuai Sebagai Tontonan pada Bulan Ramadhan Ini, Tiada Adegan...

9 Filem Korea Sesuai Sebagai Tontonan pada Bulan Ramadhan Ini, Tiada Adegan Taboo

0

Menonton filem Korea adalah salah satu aktiviti yang biasa dilakukan sambil menunggu waktu buka puasa di bulan Ramadhan. Selain menyenangkan, menonton rancangan siri TV atau filem Korea juga adalah aktiviti yang berkualiti bersama sahabat dan juga keluarga.

Namun, ternyata anda perlu memilih tontonan anda sewaktu bulan Ramadhan ini supaya tidak mengganggu ibadah puasa. Sebaiknya pilihlah plot cerita yang ringan, tidak terlalu berat, dan tentunya kurang skinship, contohnya seperti filem-filem Korea berikut ini.

 

1. Miracle in Cell No. 7 (2013)

Filem koreaFilem Korea ini menceritakan tentang seorang ayah yang mempunyai ketidakupayaan mental dan anak perempuannya. Kisah sedih dimulakan ketika si ayah dan anak terpaksa berpisah kerana ayahnya dihukum atas kes pembunuhan yang tidak dilakukannya. Di dalam penjara, dia menjalin persahabatan dengan para banduan. Kemudian para banduan itu membantunya untuk menyeludup anaknya agar mereka boleh bertemu. Miracle in Cell no. 7 diangkat dari kisah benar yang terjadi pada tahun 1972.

 

2. Inseparable Bros (2019)

6c428671 9b68 44b1 8663 d1522b8f5cabBergenre komedi, filem Korea Inseparable Bros mengisahkan tentang suka duka dua lelaki yang saling mengisi kekurangan mereka. Se Ha (Shin Ha Kyun) seorang lelaki kurang upaya tapi petah berkata-kata, mampu menggunakan kelebihannya untuk melawan stigma masyarakat. Park Dong Goo (Lee Kwang Soo), seorang lelaki yang kurang upaya intelektual pula mempunyai kesihatan fizikal yang sangat baik. Mereka berdua seperti saudara!

 

3. Cheer Up, Mr. Lee (2019)

19ee36f7 9184 4e42 a4e1 fa73a1a1d309Cheer Up Mr. Lee (2013) merupakan filem Korea yang berdurasi 94 minit yang diarahkan oleh Lee Byung Hun. Mengisahkan tentang sebuah stesen TV yang mencuba untuk membuat filem dokumentari tentang Byung Hun (Hong Wan Pyo) yang ingin menjadi pengarah filem dokumentari.

 

4. Birthday (2019)

81b61d71 b93a 4c11 a7f9 2de8440580beBirthday merupakan filem Korea dengan tema keluarga yang diarahkan oleh Lee Jong-eon. Filem yang dibintangi oleh Jeon Do-yeon, Sol Kyung-gu, Yoon Chan-young, you Lee Bong-ryun ini pasti sangat bererti jika ditonton seisi keluarga. Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang masih meraikan hari lahir anak lelaki mereka setiap tahun, walau anak mereka telah meninggal dunia dalam tragedi kapal Sewol. Filem Korea ini menggambarkan kisah emosional mereka dalam mencari erti dan harapan sambil menderitai perasaan kehilangan.

 

5. Pawn (2020)

125444cf c2ac 4057 b907 23e3e909a9d6

Pawn merupakan filem keluarga Korea yang diarahkan oleh Kang Dae Kyu. Filem yang dibintangi oleh Sung Dong-il, Ha Ji-won dan Park So-yi ini menyampaikan pesanan moral yang sangat berkesan. Filem ini membawa anda ke Incheon, Korea Selatan, tahun 1993. Doo Suk dan Jong Bae, dua pengutip hutang yang menjaga seorang kanak-kanak perempuan, Seung Yi, sebagai cagaran hutang ibu kanak-kanak tersebut. Filem ini mengajar tentang erti keluarga walau tanpa pertalian darah.

 

6. Samjin Company English Class (2020)

2bdd6e75 f32b 49ff 9088 014afae2d2deFilem Korea Samjin Company English Class menceritakan tentang Lee Ja-young, Jung Yoo-na dan Sim Bo-ram yang merupakan kawan baik dan rakan sekerja di Syarikat Samjin. Mereka telah bekerja di sana selama 8 tahun. Mereka sangat mahir dan bagus dalam pekerjaan mereka, tetapi kerana latar belakang pendidikan sekolah menengah mereka sahaja dan tidak mempunyai pendidikan tinggi, mereka masih berada di jawatan bawah di syarikat tersebut.

Baca juga: 7 Filem Korea Romantik Membariskan Artis Terkenal Bakal Tayang Tahun Ini

7. I (2021)

53a9679b 0056 48bf ba46 c758dc14a07aFilem I menceritakan tentang Ah Yeong (Kim Hyang Gi), seorang anak yatim piatu yang sudah dewasa dan tidak mendapat bantuan dari kerajaan. Dia kemudian mula bekerja sebagai pengasuh untuk Yeong Chae (Ryu Hyun Kyung), seorang ibu tunggal yang bekerja di bar untuk memenuhi keperluan hidup.

 

8. Miracle: Letters to the President (2021)

f824759f ec17 4063 8afd 13ec4c449800Berlatarkan tahun 1980-an, Miracle: Letters to the President menceritakan kisah Jung Bo Kyung (Lee Soo Kyung), kakak kepada seorang pakar matematik dan pelajar sekolah menengah, Jung Jun Kyung (Park Jeong Min). Mereka berdua tinggal di sebuah desa yang kekurangan fasiliti dan kemudahan di Wilayah Gyeongsang Utara.

 

9. Picnic (2023)

a3d1ab7a b75c 4d41 80e3 f62fa37db87c

Picnic mengisahkan tentang persahabatan dan cinta yang mekar walau pada usia yang sudah senja. Eun Sim (Na Moon Hee), pada usia 80 tahun, telah kembali ke kampung halamannya setelah lebih dari enam puluh tahun tidak pulang. Dia lega menghabiskan waktu bersama teman lamanya, Geum Soon (Kim Young Ok) dan Tae Ho (Park Geun Hyung) yang masih tinggal di kampung halaman mereka.

Tanpa adegan taboo, filem-filem Korea di atas sesuai ditonton semasa puasa di bulan Ramadan. Jalan cerita yang dipersembahkan ringan sahaja dan mengandungi kisah heart-warming. Filem manakah yang akan anda tonton nanti?

Baca lagi: Kontrak Han Soo Hee Tidak Disambung, Kim Ji Won Dilaporkan Menggantikannya Sebagai Duta Baru Jenama
Baca juga: ‘THE 8 SHOW’, Drama Thriller Survival Mematikan, Adaptasi Webtoon ‘MONEY GAME’