Home News 9 Filem Korea Underrated, Rugi Jika Terlepas menontonnya

9 Filem Korea Underrated, Rugi Jika Terlepas menontonnya

0
Filem korea

Bagi anda para peminat filem Korea yang setia, pastinya sudah tidak asing lagi dengan Parasite yang ditayangkan pada tahun 2019, boleh dikatakan sebuah filem yang menggemparkan dunia perfileman.

Filem Korea bergenre thriller dari negara Korea Selatan ini telah berjaya menarik perhatian ramai penonton dan paling membanggakan telah berjaya menggondol 4 anugerah Oscar sekaligus. Selain Parasite (2019), ada banyak lagi filem Korea membawa genre thriller yang underrated dari negara Korea tidak kurang hebatnya dan juga sangat menegangkan.

Pasti sahaja jalan cerita yang ditampilkan adalah sangat unik serta dipenuhi dengan adegan berdarah yang pasti mampu memacu adrenalin anda. Jom sama-sama kita lihat senarai lengkapnya di bawah ini!

 

 

8bc8089f 55cd 4c7b bd76 784f09b52c551. Tanpa sengaja menyaksikan aksi pembunuhan, Sang Hoon (Lee Sung-min) akhirnya menjadi buruan psikopat keji dalam The Witness (2018)

 

 

2dc314c2 f82c 4075 be18 fa5932fd49e72. 26 Years (2012) menceritakan tentang aksi balas dendam Kwan Jin Bae (Jin Goo) atas kematian ayahnya

 

 

fb50ac0a 4d80 44a9 b887 4704a2950e523. Semenjak berpindah ke rumah baru, Jin Suk (Kang Ha Neul) merasa keluarganya berubah menjadi aneh dan misteri dalam Forgotten (2017)

Baca juga: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”

 

272265dc eba6 45ce aa0e b3d9095646e44. Dalam A Day (2017), seorang lelaki bernama Joon Yeong (Kim Myung Min) perlu menyelamatkan anak perempuannya dari kematian tragis yang terjadi berkali-kali

 

 

b899703c ae34 4560 bfaa 4e982b0a20285. Tunnel (2016) memaparkan usaha sedaya upaya untuk bertahan hidup Lee Jung Soo (Ha Jung Woo) yang terperangkap disebalik runtuhan sebuah terowong

 

 

00636572 7516 45e6 8208 3726817a46096. Kehidupan doktor Seung Hoon (Cho Jin Woong) terusik dan tidak keruan setelah mendengar pengakuan pesakitnya yang merupakan seorang pembunuh dalam Bluebeard (2017)

Baca lagi: 8 Filem Korea Bakal Tayang September 2023 Ini

 

4a5dc68c 648c 4f79 b9cc 8b88e8bdc8d17. Diculik dan terperangkap di hospital mental, Soo Ah (Kang Ye Won) perlu mencari jalan untuk melarikan diri dalam Insane (2016)

 

 

6e79f62e fa5e 415a a0e3 d19d1d7a3a8a8. Dalam Manhole (2014), sebuah lubang di jalanan menjadi tempat persembunyian psikopat yang kejam dan hauskan darah

 

Filem korea

9. Selepas kematian adiknya, Bok Soon (Kim Go Eun) berusaha sehabis baik untuk membalas dendam terhadap pembunuh kejam yang telah membunuh adik kesayangannya dalam Monster (2014)

Jika anda mempunyai masa terluang di rumah, tidak ada salahnya menonton filem-filem thriller underrated di atas. Pasti akan membuatkan jantung anda berdegup kencang!

Baca lagi: 13 Filem Korea dan Kdrama Sesuai Untuk Pencinta Haiwan, Penuh Emosi dan Gelak Tawa
Baca juga: 23 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton