Penentuan pemenang Anugerah Oscar melalui proses penilaian sangat panjang dan ketat, proses ini meliputi beberapa kriteria yang melibatkan mereka yang pakar dalam dunia seni lakon.
Aspek yang dinilai merangkumi sinematografi, premis cerita, piawaian lakonan para pelakon, score muzik, dan rekaan kostum sesebuah filem.
Jom kita lihat senarai filem yang berjaya melakar sejarah dan membawa pulang banyak Anugerah Oscar melalui pelbagai kategori yang dimenangi:
1. The Lord of The Ring: The Return of the Rings (2003)
Sebagai penutup trilogi filem fantasi legenda sepanjang masa, The Return of the Rings menyajikan pertempuran dahsyat antara makhluk yang dipimpin oleh Gandalf dan Aragorn untuk menghadapi Sauron.
Sinematografi menampilkan visual pertarungan yang megah, cerita yang menarik, serta lakonan yang baik dari para pelakon mebuatkan filem ini berjaya menyondol 11 Anugerah Oscar.
Sejajar dengan Titanic, The Return of the Ring menjadi filem yang meraih anugerah terbanyak dalam sejarah Oscar, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Jackson), Lakon Layar Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik, Kesan Visual Terbaik, dan enam lagi anugerah lainnya.
Baca Lagi: Fakta Menarik Anugerah Oscar Ramai Tidak Tahu
2. Titanic
Filem romantik-tragik arahan James Cameron ini berjaya membuat jutaan pasang mata menangisi kisah percintaan yang menyayat hati antara Jack dan Rose.
Titanic juga menjadi batu loncatan yang menyaksikan Leonardo diCaprio sebagai pelakon paling tampan pada masa tersebut digilai ramai peminat dari kaum hawa. Jangan dilupakan lakonan Kate Winslet sebagai Rose yang sangat berkesan!
Sinematografi dan jalan cerita yang menyentuh hati telah membuatkan Titanic berjaya membawa pulang 11 Anugerah Oscar pada acara Academy Awards 1998. Antara pencapaian yang diterima oleh filem ini termasuk Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Original Terbaik, dan kategori-kategori lain juga.
3. Ben-Hur (1959)
Film tahun 1959 ini mengishakan tentang seorang pemuda bernama Ben-Hur yang ingin melampiaskan dendamnya kepada Messala iaitu sahabatnya yang telah mengkhianatinya.
Filem yang berlatarkan awal abad pertama di Judea ini menjadi ilham bagi industri perfileman Hollywood dalam membuat karya sinematik berskala besar.
Filem ini menampilkan sinematografi pertarungan Ben-Hur melawan pemerintah Romawi yang sangat hebat pada zamannya. Filem ini menjadi salah sebuah filem termahal pada masa itu, iaitu dengan kos keseluruhan dianggarkan sebanyak US$15,175 juta.
Filem ini berjaya menggondol 11 Anugerah Oscar. Termasuk bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan Pelakon Terbaik bagi Charlton Heston.
4. West Side Story (1961)
Filem klasik bertemakan drama muzikal menjadi salah sebuah filem yang tersenarai meraih Anugerah Oscar terbanyak dalam sejarah.
Berhasil memenangkan 10 Piala Oscar termasuk kategori Filem Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik untuk Rita Moreno. Kemenangan ini membuatkan West Side Story menjadi salah sebuah filem drama muzikal terbaik sepanjang masa.
5. The English Patient (1996)
Satu lagi filem romantik yang telah berjaya memenangi banyak Anugerah Oscar! Diterbitkan pada tahun 1996, The English Patient menjadi filem romantik Hollywood yang cukup unik dan menjadi bualan ramai peminat filem pada masa itu.
Sangat luar biasa apabila filem ini berjaya meraih 12 pencalonan di Anugerah Oscar, The English Patient mampu membawa pulang 9 Anugerah Oscar. Di antaranya adalah Filem Terbaik, Pemgarah Terbaik, dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
6. The Last Emperor (1987)
The Last Emperor yang diarahkan oleh Bernardo Bertolucci turut memenangi banyak Anugerah Oscar . Film biopik sejarah ini diangkat dari kisah benar tentang kehidupan Maharaja Cina yang terakhir yang bernama Puyi yang mengetuai Dinasti Qing.
The Last Emperor memenangi kesemua 9 pencalonan yang tersenarai dengan berjaya membawa pulang kesembilan-sembilan Anugerah Oscar tersebut. Filem ini berhasil meraih Anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Bertolucci, Rekaan Kostum Terbaik, serta enam anugerah lainnya.
7. Gigi (1958)
Film muzikal romantik ini mempunyai jalan cerita sederhana yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Collette, filem ini menceritakan tentang persahabatan antara seorang pekerja seks dengan lelaki kaki perempuan.
Dengan jumlah sembilan pencalonan di Oscar 1959, Gigi berjaya menyapu bersih seluruh pencalonan dengan memenangi kesemua sembilan Anugerah Oscar.
8. Gone With Wind (1939)
Gone With The Wind adalah sebuah filem klasik bergenre drama sejarah yang berjaya menjuarai Box Office Hollywood selama 30 tahun berturut-turut. Disiarkan pada tahun 1939, filem ini tersenarai sebagai karya terbaik sinematik dan turut berjaya menggoyang sejarah dunia perfileman.
Diarahkan oleh Victor Fleming, filem ini mengisahkan tentang Keluarga O’Hara yang hidup di zaman Perang Sivil Amerika.
Gone With the Wind memenangi 8 Anugerah Oscar termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, dan, Pelakon Wanita Terbaik.
9. Gandhi (1982)
Gandhi merupakan sebuah filem biopik yang mengisahkan tentang perjuangan tokoh kemerdekaan India iaitu Mahatma Gandhi. Diarahkan oleh Richard Attenborough, Gandhi menyoroti perjalan hidup Mahatma Gandhi.
Dari 11 pencalonan, Gandhi berjaya membawa pulang 8 Anugerah Oscar. Paling membanggakan adalah apabila Bhanu Athaiya muncul sebagai warganegara India pertama yang memenangi Anugerah Oscar dalam kategori Kostum Terbaik.
Selain sembilan filem yang tersenarai di atas, Gone with the Wind (1939), From Here to Eternity (1953), Slumdog Millionaire (2008) dan Amadeus (1984), juga meraih 8 Anugerah Oscar daripada 11 hingga 13 pencalonan yang mereka terima. Hebat bukan?!
Baca Juga: Deepika Padukone Tampil Memukau di Oscar 2023