Home Filem Indonesia/Melayu Filem Indonesia 9 Filem Seram Indonesia 2024 Tentang Kampung Puaka, Gangguan Mengerikan

9 Filem Seram Indonesia 2024 Tentang Kampung Puaka, Gangguan Mengerikan

0

Seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun 2024 juga masih merupakan tahun yang menyaksikan para pencipta filem menghasilkan filem seram terbaik mereka. Dari awal tahun hingga kini, sekurang-kurangnya ada lebih dari 50 filem seram yang telah ditayangkan.

Uniknya, sembilan dari filem seram tersebut telah berjaya menembusi angka satu juta penonton. Bahkan ada yang berjaya mendapat 9 juta orang penonton. Filem-filem seram hebat tahun 2024 ini adalah dari negara seberang, Indonesia.

Dalam banyak-banyak filem yang dihasilkan pada tahun 2024 ini, terdapat beberapa buah filem yang mempunyai fokus cerita yang sama. Filem-filem seram berikut ini menampilkan cerita tentang sebuah kampung puaka yang dipenuhi gangguan-gangguan yang mengerikan.

Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

 

1. Petualangan Anak Penangkap Hantu menceritakan tentang bencana kemarau hingga gangguan di sebuah kampung yang kerap menculik dan menghilangkan beberapa orang penduduk setempat

Baca lagi: 12 Filem Seram dengan Latar Pulau, Bawa Kisah Ngeri Tersendiri

 

Filem seram2. Selepas seorang tukang mandi jenazah meninggal dunia, gangguan demi gangguan bertubi-tubi menghantui penduduk kampung akibat ilmu sihir dalam filem Pemandi Jenazah

 

85e785d3 2b79 42ed 92d1 aa52cef4c629

3. Seorang guru bersama isterinya yang sedang hamil terperangkap di sebuah kampung yang penuh misteri dalam Kuyang: Sekutu Iblis yang Selalu Mengintai

 

4e3312f7 3db4 4304 bb96 bec740ab1cfd

4. Berniat mengembalikan barang antik untuk mengubati ibunya, seorang gadis muda terperangkap di sebuah kampung yang dipenuhi iblis di Badarawuhi di Desa Penari

Baca juga: 5 Filem Seram Korea Berlatarkan Zaman Joseon, Pelbagai Kisah Menakutkan

b07c80fa efbd 441b b2eb c9ab50002996

5. Sengkolo: Malam Jumat Kliwon tampilkan kisah kematian penuh misteri di sebuah kampung terpencil.

 

6. Semua penduduk kampung sering mengalami ketakutan dan gangguan dari roh wanita yang mati semasa melahirkan anak dalam Kang Mak from Pee Mak

Baca lagi: 10 Filem Seram Bertemakan Trypophobia, Jangan Tonton Jika Anda Ada Fobia Lubang

 

7. Diangkat dari kisah benar, Kromoleo tampilkan gangguan yang sangat menghantui kepada setiap penduduk kampung yang melihat kumpulan roh pembawa keranda mayat

 

b5f569ca ef64 4fb2 902e 89665ff8dbe1

8. Dibintangi oleh Yasmin Napper, Thaghut tampilkan kisah sebuah kampung puaka. Dimana hampir semua penduduk kampung bersekutu dan menyembah iblis!

 

4f090a2e 81c1 4307 a01f 1ae7da479a33

9. Dilahirkan berbeza dari saudara kembarnya, Sumala menjadi sosok yang sangat menakutkan hingga dia kerap mengganggu para penduduk kampung dalam Sumala

Walau mempunyai idea cerita yang sama tentang gangguan di sebuah kampung dan kisah-kisah puaka tempatan, tetapi pembangunan jalan cerita yang ditampilkan dalam setiap filem sangatlah berbeza.

Baca lagi: 6 Filem dan Drama Korea Tampilkan Ahli Silap Mata sebagai Watak Utama, Menarik dan Penuh Fantasi
Baca juga: 10 Drama Seram Thriller Korea Dengan Rating Tinggi di Laman MyDramaList

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here