Pasti tidak akan terjadi sesebuah masalah, jika tidak dimulakan dengan sesuatu sebab. Perkara inilah yang turut ditampilkan dan menjadi pengisian dalam beberapa buah filem seram dari negara seberang, Indonesia, yang bermula dari sebuah larangan atau pantang larang yang dilanggar, hingga mengakibatkan gangguan mistik yang berakhir dengan penyesalan dan juga kematian.
Filem seram Indonesia, Pamali yang telah meraih kejayaan pada tahun 2022, nampaknya akan kembali melancarkan sekuel terbarunya pada tahun ini yang akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti.
Kali ini, filem seram Pamali 2 akan fokus tentang sebuah kampung yang terkena wabak penyakit aneh dan misteri. Dimana kulit setiap penduduk di kampung tersebut mengalami pembusukan hingga keluar darah dan nanah.
Di tengah-tengah wabak yang menghantui penduduk di kampung tersebut, muncul gangguan yang sangat mengerikan, penampakan puluhan dan ratusan pocong yang menghantui penduduk. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pantang larang yang dilanggar oleh seorang wanita.
Buat anda yang tertarik dengan kisah seperti ini, berikut adalah beberapa buah filem seram tentang akibat melanggar pantang larang!
1. Ingin bertemu lagi dengan ayah yang telah meninggal dunia, seorang gadis melanggar pantang larang sewaktu memanggil dan menyeru roh dalam Sesat (2018)
2. Melanggar pantang larang untuk tidak mengambil barang di sebuah hutan berhantu, nyawa sekumpulan remaja terancam dalam Alas Pati (2018)
3. Pamali (2022) menampilkan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil, khususnya pada waktu malam hari yang boleh menimbulkan masalah
Baca lagi: 10 Filem Seram Indonesia Ini, Remake Dari Filem Lama
4. Ramai anak kecil hilang secara misteri sewaktu sedang bermain menjelang malam, akibatnya diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Sandekala dalam Jailangkung: Sandekala (2022)
5. Gangguan yang diterima oleh para pelajar sewaktu sedang melakukan penyelidikan, bermula apabila seseorang membuka peti keramat dalam Keramat 2: Caruban Larang (2022)
6. Pamali: Dusun Pocong (2023) fokus tentang larangan untuk tidak bersiul di malam hari, jika tidak mahu makhluk halus datang mengganggu
7. Waktu Maghrib (2023) menceritakan tentang gangguan dari makhluk halus yang jahat menjelang waktu maghrib, jika masih berkeliaran pada waktu itu
8. Iblis Surugana, tiba-tiba mengganggu ramai mangsa setelah dipanggil secara tidak sengaja menggunakan sebuah mantra dalam Mantra Surugana (2023). Filem tersebut menampilkan Sitha Marino, Messi Gusti, dan Cindy Nirmal.
9. Kehilangan seorang ahli keluarga dari sebuah keluarga ternama, kehilangannya terjadi selepas melakukan pantang larang yang terdapat dalam buku suci dalam Primbon (2023)
Dari beberapa filem bergenre seram yang tersenarai di atas, kita boleh mengambil banyak pengajaran penting. Contohnya, daripada melakukan perkara-perkara tidak bermanfaat yang akan mengundang banyak masalah, lebih baik diubah menjadi kegiatan yang lebih banyak faedah.