Home Kdrama/Kmovie Movie 9 Filem Thriller Korea yang Mendebarkan, Filem Bagus tapi Underrated

9 Filem Thriller Korea yang Mendebarkan, Filem Bagus tapi Underrated

0

Bagi anda para peminat filem, pasti sahaja anda sudah tidak asing lagi dengan filem Parasite yang ditayangkan pada tahun tahun 2019.

Filem thriller Korea Selatan ini telah berjaya menarik perhatian ramai penonton dari seluruh dunia selepas berjaya menggondol 4 anugerah Oscar sekaligus.

Selain filem Parasite (2019), ada banyak juga filem thriller Korea underrated yang tidak kurang hebatnya dan sangat menegangkan.

Filem-filem thriller Korea ini kebanyakannya mempunyai jalan cerita yang unik serta dipenuhi dengan adegan berdarah yang sudah pasti mampu memacu adrenalin anda.

Mari sama-sama kita lihat semua senarai filem thriller Korea di bawah ini!

 

 

Filem thriller korea

1. Secara tidak sengaja menyaksikan sebuah pembunuhan, Sang Hoon (Lee Sung Min) telah menjadi target manusia psikopat keji dalam The Witness (2018)

 

4fe93a5d 178b 4c2c 8ae5 410b15cb128a

2. 26 Years (2012) menceritakan tentang aksi balas dendam Kwan Jin Bae (Jin Goo) atas kematian ayahnya

 

d555792a 1c95 4757 b340 ac14a0f1a9ae

3. Semenjak berpindah ke rumah baru, Jin Suk (Kang Ha Neul) merasa keluarganya berubah menjadi aneh dan misteri dalam Forgotten (2017)

 

3d59d6d1 c510 4e5f b50d 7186c3435669

4. Dalam A Day (2017), seorang lelaki yang bernama Joon Yeong (Kim Myung Min) perlu menyelamatkan anaknya dari kematian tragis yang terjadi berkali-kali

 

08fe10c4 3d23 477d 8709 08ef097e9ac7

5. Tunnel (2016) mengikuti kisah usaha untuk bertahan hidup Lee Jung Soo (Ha Jung Woo) yang terperangkap disebalik runtuhan sebuah terowong

 

28f2ea69 a2ff 464b 9e61 ed05687f8e76

6. Kehidupan doktor Seung Hoon (Cho Jin Woong) terganggu selepas mendengar pengakuan pesakitnya yang merupakan seorang pembunuh dalam Bluebeard (2017)

 

cdb0d9ee 2ead 459c 9466 4594ba889982

7. Diculik dan terperangkap di hospital mental, Soo Ah (Kang Ye Won) perlu mencari cara untuk melarikan diri dalam Insane (2016)

 

0445fdee f406 492d 871a 0bb84545e1e0

8. Dalam Manhole (2014), sebuah lubang di tengah jalan telah menjadi tempat persembunyian seorang psikopat yang berdarah dingin dan sangat kejam

 

a4a83644 7567 455c 8274 31faf274a4ab

9. Selepas kematian adiknya, Bok Soon (Kim Go Eun) berusaha keras untuk membalas dendam dan mencari pembunuh keji yang telah membunuh adiknya dalam Monster (2014)

Jika anda mempunyai waktu terluang di rumah, apa anda menonton filem-filem thriller underrated yang tersenarai di atas. Dijamin akan membuatkan jantung anda berdegup kencang, antara filem thriller yang bagus dari Korea Selatan tapi kurang dibicarakan dan kurang mendapat perhatian. Cuba tonton ya!

Baca lagi: 8 Filem Thriller Korea Terbaik Yang Akan Membuatkan Anda Tidak Senang Duduk
Baca juga: 10 Filem Thriller Korea Adaptasi dari Novel, Mencemaskan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here