Tidak boleh disangkalkan lagi, zombie dan Hollywood adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Dipolopori buat kali pertama oleh pengkarya filem George A. Romero melalui filem zombie “Night of the Living Dead” (1968), genre ini kemudian berkembang menjadi trend yang mewujudkan banyan filem zombie moden ikonik seperti Braindead (1992), Dawn of the Dead (2004), World War Z (2013), dan juga Army of the Dead (2021).
Namun, seiring waktu berjalan, genre zombie bukan hanya menjadi trademark bagi Hollywood sahaja. Para pembuat filem dari berbagai-bagai negara mula berlumba-lumba mencipta filem-filem zombie yang mencemaskan dan mengerikan. Bahkan, beberapa buah filem yang dicipta mampu menandingi kualiti filem zombie buatan Hollywood.
Sembilan buah filem zombie yang bukan berasal dari Hollywood ini ditayangkan di Netflix ini menjadi bukti bahawa negara-negara lain seperti Korea Selatan, Australia, Kanada, Sepanyol, Itali, dan juga Jepun juga mempunyai filem zombie yang patut dibanggakan.
1. Bukan hanya serangan zombie, Train to Busan (2016) juga menampilkan nuansa klaustrofobia yang mencengkam. Berani menonton filem ini sendirian?
2. Cargo (2017) mempunyai jalan cerita yang menyentuh perasaan tentang seorang ayah yang berjuang untuk menyelamatkan anaknya walaupun telah dijangkiti virus yang boleh membawa maut
3. Ravenous (2017) berlatarkan sebuah kampung terpencil di mana wabak misteri mengubah penduduknya menjadi brutal. Sangat tegang!
4. Sudah menonton Reuni Z (2018)? Filem Indonesia garapan Monty Tiwa dan Soleh Solihun ini sangat sesuai untuk ditonton oleh para peminat genre seram komedi!
5. Berjaya memacu adrenalin, Alive (2020) menampilkan aksi dan adegan-adegan mempertahankan nyawa yang ditunjukkan oleh Yoo Ah In dan Park Shin Hye di tengah-tengah ribuan zombie yang mengepung apartment mereka
6. Selepas Train to Busan, anda wajib menonton sekuel filem ini iaitu Peninsula (2020) yang menggabungkan keganasan zombie dan aksi rompakan yang mustahil. Memang epik!
7. Nyawa sekumpulan tentera Sepanyol perlu dipertaruhkan sewaktu mereka berdepan dengan makhluk hasil eksperimen Nazi dalam Valley of the Dead (2020)
8. Don’t Kill Me (2021) adalah kisah mengenai seorang gadis yang bangkit dari kubur setelah disahkan telah meninggal dunia. Namun, dia kembali sebagai orang yang “berbeza”!
9. Diangkat dari sebuah manga popular, Zom 100: Bucket List of the Dead (2023) mengajak penontonnya untuk sama-sama berhibur dan bergelak ketawa
Bukan hanya menampilkan aksi dan babak-babak untuk bertahan nyawa melawan zombie, sembilan buah filem zombie yang tersenarai di atas juga mengangkat banyak tema yang berkaitan dengan kehidupan nyata. Beberapa buah filem di antaranya menayangkan tentang hubungan ayah dan anak (Train to Busan, Cargo), perasaan terpencil (Ravenous, Alive), dan eksploitasi terhadap pekerja (Zom 100: Bucket List of the Dead).