9 Sisi Menarik The Secret Romantic Guesthouse Kisah rahsia rumah penginapan yang sangat misteri!!
The Secret Romantic Guesthouse yang dibintangi oleh Shin Ye Eun baru sahaja ditayangkan 20 Mac 2023 di SBS dan Viu. Drama siri yang ditunggu-tunggu ramai ini menceritakan tentang pemilik rumah penginapan yang ingin mempertahankan rumah penginapan tersebut dan berhadapan dengan sebuah kes yang amat serius.
Drama siri bertemakan sageuk ini mempunyai jalan cerita yang sangat segar dan ringan. Pasti sahaja ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan jalan ceritanya?
Baca Lagi Artikel: 12 Kdrama Dari Para Pelakon Han River
Jom kita lihat beberapa sisi dan sudut menarik The Secret Romantic Guesthouse seperti yang berikut:
1. The Secret Romantic Guesthouse merupakan drama siri sageuk yang mengangkat genre romantik dan juga misteri.
2. Drama siri yang sangat menarik ini dibintangi oleh barisan pelakon muda yang sememangnya popular dan sedang meningkat naik yang pastinya berjaya menarik perhatian ramai penonton!
3. The Secret Romantic Guesthouse mengangkat kisah tentang pemilik rumah penginapan dan para tetamunya yang mempunyai latar belakang misteri dan berbeza-beza.
4. Dalam drama siri ini, Yoon Dan O (Shin Ye Eun) merupakan pemilik rumah penginapan Taman Bunga (Ihwanon) yang perlu melunaskan hutang yang telah ditinggalkan oleh mendiang ayahnya.
5. Bagi tujuan membayar semua hutang, dia membuat perjanjian akan bekerja sama mencari Lee Seol atau Okji yang sudah lama menjadi buruan istana.
6. Lee Seol adalah pewaris tunggal takhta Joseon yang berjaya melarikan diri 13 tahun lalu. Jika Lee Seol kekal hidup, dia dianggap akan mengganggu takhta Raja Lee Chang (Hyun Woo).
7. Salah seorang tetamu yang menginap di Rumah Pemginapan Taman Bunga dianggap sebagai Lee Seol yang ingin memasuki istana dengan mengikuti peperiksaan awam negara.
8. Sebenarnaya memang sangat sukar untuk meneka siapakah Lee Seol. Anda rasa siapakah yang berkemungkinan besar merupakan Lee Seol? Adakah Kang San (Ryeo Un), Jung Yu Ha (Jung Gun Joo), atau Kim Shi Yeol (Kang Hoon)? Setiap karakter sangat misteri dan menunjukkan kemungkinan bahawa mereka adalah Lee Seol.
9. Selain itu, para penonton juga diajak untuk meneka siapakah sebenarnya jejaka yang akan memenangi hati Yoon Dan O dan bersama dengannya dalam siri romantik percintaan nanti.
The Secret Romantic Guesthouse sememangnya adalah sebuah kisah yang menarik lengkap dengan unsur misteri, komedi dan romantik. Drama siri sageuk ini akan mengajak penonton dan para peminat untuk meneka-neka tentang rahsia daripada setiap tetamu penginapan yang misteri.
Baca Juga Artikel: 8 Kdrama Diadaptasi Dari Hollywood