Home Artis Korea 9 Konflik Suami Isteri Paling Dahsyat dalam Kdrama, Mengejutkan dan Penuh Helah

9 Konflik Suami Isteri Paling Dahsyat dalam Kdrama, Mengejutkan dan Penuh Helah

0

Banyak kisah menarik yang ditampilkan dalam drama-drama dari Korea Selatan, ada beberapa buah kdrama yang mengangkat tema tentang perkahwinan. Bukan hanya tentang kisah manis dalam rumah tangga tetapi kisah-kisah duka yang mengguris perasaan turut dijadikan sebagai tema pilihan.

Watak-watak utama dalam Kdrama ini perlu menghadapi berbagai-bagai masalah yang rumit. Masalah-masalah yang menyesakkan itu bukan hanya datang dari dalam keluarga mereka, tetapi juga dari luar, salah satu masalah yang sering diketengahkan adalah kecurangan pasangan suami isteri.

Contohnya seperti beberapa kisah rumah tangga paling rumit dalam kdrama berikut ini. Mereka perlu berjuang untuk mempertahankan atau memutuskan untuk berpisah dari pasangan masing-masing.

Jom sama-sama kita lihat 9 konflik suami isteri yang paling dahsyat dalam Kdrama yang pernah ditampilkan.

 

7c66d5fa a784 4857 82fb 839408d06b611. Dicurangi hingga dibunuh oleh suaminya sendiri dalam Marry My Husband (2024), Kang Ji Won balas dendam dengan mengahwinkan suaminya (Lee Yi Kyung) dengan perempuan perampas tersebut selepas diberi peluang kedua untuk kembali ke masa lalu

Baca lagi: Sukar Untuk Membenci Lee Yi Kyung ‘Gwenchana’, Walaupun Digelar Sebagai Lelaki Sampah dalam Marry My Husband

 

f30f14df 9d68 464b 80ea 1fb8ee3622992. Perkahwinan Yoon Jae Hee dalam Artificial City (2021) hancur apabila kebenaran tentang anak hasil hubungan gelap suaminya terbongkar

 

 

b2683d7a 556f 464e bce7 e52b82ac57f63. Bukan hanya mengisahkan masalah dalam keluarga elite, Mine (2021) juga mengulas konflik kecurangan, balas dendam dan pembunuhan

 

 

0e4bb8f7 2661 4f1a abf4 c9faec02b42d4. Menyokong kecurangan wanita lain, Han Sun Joo Show Window (2021) mengetahui bahawa wanita itu ialah perempuan simpanan suaminya

 

 

e4d82058 a5ac 43d1 ab2b 6efc13cd47365. Love (ft. Marriage and Divorce) (2021) menceritakan tentang tiga orang wanita berjaya yang tiba-tiba menghadapi masalah perkahwinan yang sukar

 

 

0246e773 c68b 441f 877d c7f0ff9656876. Rumah tangga Ji Sun Woo dalam The World of the Married (2020) hancur apabila suaminya curang dan rupa-rupanya semua orang membantu suaminya yang jahat itu menutup rahsia hitam tersebut

 

 

d24e2224 15a3 4447 8bd9 90526d778a947. Bukan hanya curang dengan Cheon Seo Jin, perkahwinan Joo Dan Tae dalam The Penthouse (2020) sangat rumit, hingga memanipulasi isteri dan anak

 

 

7a1dcc9d 8b29 4e79 a099 e00d2cbc3c48

8. Curang, Kim Yoon Chul dalam Dangerous Wife (2020) nekad untuk mengakhiri rumah tangganya dengan meracuni isterinya sendiri, Shim Jae Kyung

 

 

Kdrama9. Pada awalnya tampak sempurna, rumah tangga Na Jung Sun dalam VIP (2019) hancur lebur apabila suaminya curang dengan rakan sekerjanya hingga bercerai

Ada banyak lagi kisah drama Korea yang mengulas tentang hubungan suami isteri dengan jalan cerita yang menarik. Oleh kerana jalan ceritanya sangat mengujakan, drama-drama ini seolah-olah mengajak penonton merasakan emosi dari setiap watak tersebut.

Dari banyak-banyak kdrama diatas, yang manakah anda telah tonton?

Baca lagi: 10 Drama Korea Paling Popular Pada Awal Tahun 2024 Berdasarkan Institut Tinjauan Good Data Corporation
Baca juga: Kdrama Terbaru Chief Detective 1958 Tampilkan Lee Je Hoon Sebagai Detektif