Percaya atau tidak, kita sudah menuju ke penghujung tahun 2022? Rasanya seperti semalam kita sambut tahun baru. Dengan suku keempat 2022 yang sedang berlangsung, kita hanya mempunyai tiga bulan sahaja lagi!
Tahun baharu adalah perkara yang bagus, tetapi ia juga menandakan yang banyak kumpulan perlu memperbaharui kontrak mereka.
Ahli kumpulan perlu memutuskan untuk sama ada mereka mahu terus kekal dalam agensi dan mempromosikan sebagai satu kumpulan, atau sudah tiba masanya untuk berpisah dan memulakan kerjaya solo mereka.
Kontrak K-pop biasanya berlangsung selama tujuh tahun, jadi kumpulan yang memulakan kerjaya pada 2016 akan menghadapi pembaharuan kontrak mereka tahun depan. Antara kumpulannya adalah:
ASTRO
Bolehkah anda percaya sudah tujuh tahun sejak penampilan pertama ASTRO? Peminat ingin tahu sama ada kumpulan itu akan menandatangani semula sebagai satu kumpulan atau tidak. Ini kerana ahli ASTRO kelihatan agak berjaya sebagai individu (solo).
BLACKPINK
BLACKPINK baru-baru ini kembali dengan album penuh kedua mereka, dan mereka adalah ratu K-pop, di dalam dan di luar negara. Adakah mereka akan meneruskan legasi mereka, atau gadis-gadis ini akan beralih kerjaya dan lebih fokus pada kerjaya solo masing-masing.
NCT
NCT juga tertakluk kepada pembaharuan kontrak pada tahun 2023, dan kumpulan lelaki SM ini telah menjadi kuasa besar bagi pencinta k-pop gen-z!
Peminat berharap untuk pembaharuan kontrak mereka, dan SM biasanya melakukan kerja yang hebat berkaitan pembaharuan kontrak, contohnya seperti Super Junior (17 tahun), Girls Generation (15 tahun) dan Red Velvet (9 tahun)
SF9
SF9 sedang menuju tahun ketujuh promosi mereka juga, dan walaupun ianya di hujung tahun 2023, peminat sudah tertanya-tanya bagaimana mereka akan meneruskan kerjaya mereka!
VICTON
VICTON juga akan menghadapi pembaharuan kontrak, kerana tahun ini, mereka sudah pun masuk tahun keenam mereka. Walaupun mereka mempunyai pangkalan peminat yang stabil, peminat tidak pasti mengenai pembaharuan kontrak mereka.
MOMOLAND
MOMOLAND mendapat kejayaan besar pada tahun 2018 dengan lagu popular mereka “BBOOM BBOOM,” tetapi sejak itu, perjalanan mereka menjadi agak sukar. Mereka mempunyai beberapa pertukaran ahli sejak itu, dan peminat tidak pasti tentang masa depan MOMOLAND.
Brave Girls
Nama Brave Girls tiba-tiba naik semasa era COVID-19 dengan lagu hit mereka “Rollin,” dan nampaknya kerjaya wanita-wanita ini baru sahaja bermula. Selepas bersaing dalam “Queendom 2,” mereka berjaya dalam jelajah AS pertama mereka, jadi peminat tidak akan terkejut jika mereka semua memperbaharui kontrak!
Baca lagi: Crush Dikatakan ‘Racist’ Kepada Dua Peminat Berkulit Gelap, K-Netizen Tampil Sokong Crush?
Baca lagi: Hani EXID Dikatakan Terperangkap Dalam Percintaan? Hani Akhirnya Buka Mulut
WJSN
Sepuluh wanita WJSN akan menghadapi pembaharuan kontrak pada awal tahun 2023, dan walaupun selepas memenangi “Queendom 2” dan mempunyai kemunculan semula musim panas dengan “Last Sequence”, peminat tidak pasti bahawa kesemua sepuluh ahli akan menandatangani semula atau tidak.
PENTAGON
Satu lagi kumpulan yang menjadi tumpuan untuk pembaharuan kontrak ialah PENTAGON. Tidak pasti sama ada kumpulan itu semua akan menandatangani semula, tetapi peminat berharap legasi Pentagon akan diteruskan.
Sumber: [1]