Bora! Deborah! atau tajuk Inggeris “True To Love” menjadi drama siri romantik komedi yang cukup menarik untuk diikuti. Drama siri Bora! Deborah! mengisahkan tentang kehidupan Yeon Bo Ra (Yoo In Na) yang merupakan jurulatih dating (janji temu) yang popular.
Namun siapa sangka kerjayanya tidak membuatkan percintaannya mulus dan berjalan lancar. Terlalu percaya kepada teman lelakinya, Noh Joo Wan (Chansung 2PM), malangnya wanita itu dicurangi dan insiden itu membuatkan percintaan mereka berdua putus di tengah jalan.
Sejak putus cinta, dia begitu kecewa dan kehidupannya kucar kacir. Pelbagai nasib malang turut menimpa dirinya, seperti pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga”. Berikut merupakan 9 nasib malang yang dialami oleh Yeon Bo Ra dalam drama siri Bora! Deborah!
1. Yeon Bo Ra mengharapkan Noh Joo Wan peka dan serius untuk mengajaknya mendirikan rumah tangga, namun keinginannya tidak pernah menjadi kenyataan
2. Sewaktu diberi tahu oleh sahabatnya bahawa Noh Joo Wan dilihat membeli cincin, dia sangat berharap bahawa teman lelaki kesayangannya itu akan melamarnya
3. Namun harapannya hancur berkecai kerana setelah mendengar kata-kata sahabatnya, dia dan Noh Joo Wan hanyalah berhubungan romantik seperti biasa tidak ada sebarang lamaran yang dibuat oleh teman lelakinya
4. Sewaktu dia pergi ke rumah teman lelakinya untuk melakukan langkah pertama mengajak lelaki itu berkahwin, dia terkesima melihat teman lelakinya sedang bercumbuan dengan seorang perempuan lain di dalam kereta
5. Melihat teman lelakinya yang selama ini dipercayainya berlaku curang di depan matanya sendiri membuatkan dirinya kecewa dan terkejut bukan kepalang
6. Sewaktu teman lelakinya tertangkap curang, dia kecewa kerana telah diabaikan dan teman lelakinya lebih memilih untuk mengutamakan perempuan lain selain dirinya
7. Selama bercinta, dia begitu memikirkan masa depan mereka berdua. Namun, teman lelakinya tanpa rasa bersalah berlaku curang dengan mudahnya
8. Putus cinta dengan teman lelakinya membuatkan hatinya benar-benar hancur hingga dia membuat onar di depan orang ramai yang membuatkan kariernya sebagai jurulatih dating hancur
9. Akibat membuat onar dalam acara syarikatnya, dia perlu membayar denda penalti yang banyak. Dia juga telah ditipu dan yang kerugian sebanyak 20 juta won
Semua nasib malang yang menimpanya membuatkannya seperti ingin menyerah kalah dalam menjalani hidup. Namun, dia akhirnya tersedar bahawa dia mampu untuk terus bertahan hidup demi orang-orang baik yang masih ada disekelilingnya. Rasnaya bagaimanakah kisah hidup Yeon Bo Ra selanjutnya? Jangan lupa tonton drama siri terbaru Bora! Deborah!
Baca Lagi: Cha Jeong Suk Dalam “Dr Cha” Adalah Wanita Yang Sangat Penyabar
Baca Juga: Seo In Ho “Dr Cha” Bawa Watak Suami ”RED FLAG”