Standard kecantikan yang cukup tinggi membuatkan para pelakon wanita dan selebriti
Korea Selatan dituntut untuk tampil dengan sempurna. Tidak hairanlah jika terdapat
beberapa orang di antara mereka memiliki postur dan wajah yang hampir mirip antara satu
sama lain demi memenuhi standard kecantikan tersebut.
Bahkan, ramai peminat mengakui merasa bingung dan keliru dengan kemiripan mereka. Pasti anda tertanya-tanya siapakah artis-artis yang hampir memiliki wajah yang sama?
Jom kita lihat 9 pasang pelakon Korea Selatan yang mempunyai wajah yang hampir sama atau seakan-akan mirip berikut ini:
1. Shin Hye Sun dan Seo Hyun Jin sering kali membuatkan para peminat berasa keliru sewaktu menonton drama siri lakonan mereka kerana wajah mereka berdua saling tidak
tumpah serupa!
2. Seperti saudara kandung, wajah menawan Suzy sering kali dibandingkan dengan pelakon popular yang bernama Park Shin Hye!
Baca Lagi: 11 Kdrama Menarik Yang Dilakonkan Oleh Para Pelakon Tale of the Nine Tailed 1938
3. Ramai yang mengatakan jika Kim So Hyun punya bentuk wajah yang hampir sama dengan isteri Hyun Bin, iaitu Son Ye Jin!
4. Wajah mereka berdua hampir serupa, pelakon Go Bo Gyeol dan Kim Tae Ri sering kali dianggap sebagai orang yang sama oleh para peminat Kdrama.
5. Bukan sedikit-sedikit peminat yang perasan dan sering mengatakan bahawa pelakon wanita Wang Bit Na dan Lee Se Young mempunyai kemiripan wajah yang hampir sama.
Setuju?
6. Pelakon wanita muda yang berbakat iaitu Park Ji Hoo, juga kerap kali disamakan dengan seniornya iaitu Kim Ji Won!
7. Mempunyai bakat lakonan yang sangat memukau, ternyata wajah Kim Go Eun dan Park So Dam juga sering membuat para penonton dan peminat setia Kdrama kebingungan dan keliru!
8. Sedang melonjak naik, para peminat sampaikan hilang fokus dengan kemiripan wajah Cha Joo Young dan Seo Yea Ji!
9. Kemiripan Song Hye Kyo dan Han So Hee sudah menjadi bualan umum, lebih-lebih lagi apabila mereka akan disatukan dalam projek yang sama iaitu The Price of Confession (2023) nanti!
Setelah menilik semua sembilan pasang pelakon wanita yang tersenarai di atas, menurut
anda siapakah yang paling mirip? Walau memiliki wajah yang hampir sama, mereka tetap
memiliki pesona dan tarikan istimewa tersendiri.
Baca Juga: 10 Pelakon Wanita Yang Menyeramkan Ketika Berlakon Sebagai Pembunuh