Home Artis Korea 9 Pasangan Kdrama Yang Mempunyai Perbezaan Umur Ketara

9 Pasangan Kdrama Yang Mempunyai Perbezaan Umur Ketara

0

Pernahkah anda menonton Kdrama dan terpukau dengan chemistry pasangan di skrin, tetapi tidak menyedari bahawa mereka mempunyai jarak umur yang agak ketara dalam kehidupan sebenar?

Ternyata ramai artis Korea yang wajahnya awet muda sehingga usia sebenar mereka tidak kelihatan. Walaupun begitu, ada yang berpendapat gandingan pasangan utama Kdrama tersebut tidak sesuai. Tidak kurang juga berpendapat mereka masih sangat sesuai sebagai pasangan dalam drama tersebut.

Ingin tahu pasangan Kdrama manakah yang mempunyai jurang umur yang besar dalam kehidupan sebenar? Jom lihat ulasan dibawah ini!

Gong Yoo dan Kim Go Eun

IMG 0939Gong Yoo dan Kim Go Eun, pasangan ikonik dalam drama Goblin (2016) rupa-rupanya mempunyai perbezaan umur yang agak besar tau.

Gong Yoo dilahirkan pada 10 Julai 1979, manakala Kim Go Eun dilahirkan pada 2 Julai 1991. Jadi, mereka mempunyai perbezaan umur 12 tahun. Pun begitu, perbezaan umur ini tidak menghalang chemistry mereka dalam drama.

Dalam Goblin, Kim Go Eun memainkan watak Ji Eun Tak, seorang gadis yang mempunyai kebolehan melihat hantu dan ternyata pengantin perempuan Goblin yang dicari oleh Goblin Kim Shin, lakonan Gong Yoo.

Chemistry mereka yang kuat di skrin membuatkan penonton berasa seolah-olah umur bukanlah masalah besar bagi mereka!

Kim Yoo Jung dan Yoon Kyung Sang

IMG 0940

Kim Yoo Jung dan Yoon Kyung Sang bertemu dalam drama Clean with Passion for Now (2018), walaupun mempunyai perbezaan umur 12 tahun.
Kim Yoo Jung dilahirkan pada 22 September 1999, manakala Yoon Kyung Sang dilahirkan pada 31 Mac 1987.

Dalam Kdrama ini, mereka melakonkan pasangan yang berbeza watak, Jang Sun Gyeol, seorang CEO yang obses terhadap kebersihan, dan Gil Oh Sol, seorang wanita muda yang tidak peduli dengan kebersihan.

Walaupun Kim Yoo Jung lebih muda, visualnya dibuat lebih matang, menjadikan kedua-duanya kelihatan sangat sesuai bersama. Walaupun perbezaan umur, chemistry mereka masih sempurna di skrin, betul tak?

 

IU dan Lee Joon GIMG 0942

Bagi anda yang menonton Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, anda pasti tidak menyangka pasangan IU dan Lee Joon Gi mempunyai perbezaan umur 11 tahun!

Lee Joon Gi dilahirkan pada 17 April 1982, manakala IU dilahirkan pada 16 Mei 1993. Walaupun Lee Joon Gi ketika itu berusia 34 tahun, wajahnya yang masih muda membuatkan dia kelihatan seperti padan dengan IU yang berusia 23 tahun.

Kdrama ini mengisahkan Go Ha Jin (IU) yang diangkut ke Dinasti Goryeo dan bertemu Putera Wang So (Lee Joon Gi). Chemistry mereka yang kuat membuatkan mereka berdua kelihatan baik bersama, walaupun jarak umur mereka agak jauh.

 

Moon Ga Young dan Yoo Yeon Seok

IMG 0943

Dalam Kdrama The Interest of Love (2022), Yoo Yeon Seok dan Moon Ga Young menunjukkan pasangan yang kuat walaupun mempunyai jarak umur 12 tahun. Moon Ga Young dilahirkan pada 10 Julai 1996, manakala Yoo Yeon Seok dilahirkan pada 11 April 1984.

Kdrama ini mengisahkan empat orang pekerja bank yang bekerja di cawangan Youngpo KCU Bank. Yoo Yeon Seok memainkan watak Ha Sang Soo yang percaya bahawa kebahagiaan itu pasti, dan jatuh cinta dengan Ahn Soo Young (Moon Ga Young) yang agak skeptikal tentang cinta.

Biarpun jarak umur mereka jauh, penampilan mereka dalam drama ini membuatkan mereka seakan sebaya.

 

Im Siwan dan Jo Yu Ri

IMG 0967Im Si Wan dan Jo Yu Ri, dua bintang siri ini  Squid Game 2, menarik perhatian kerana peranan mereka sebagai bekas kekasih.

Im Si Wan memegang watak Myeong Gi, manakala Jo Yu Ri memainkan watak Jun Hee. Dalam kehidupan sebenar, mereka mempunyai jarak umur 13 tahun, dengan Jo Yu Ri lahir pada 22 Oktober 2001 dan Im Siwan lahir pada 1 Disember 1988.

Walaupun Im Si Wan sudah berumur, namun wajahnya yang masih muda membuatkan dia seperti masih dalam lingkungan 20-an, jadi kedua-duanya sangat sesuai untuk digandingkan sebagai bekas kekasih dalam siri Netflix ini.

 

Lee Min Ho dan Gong Hyo Jin

IMG 0954

Lee Min Ho dan Gong Hyo Jin baru-baru ini membintangi sebagai pasangan dalam drama When the Stars Gossip, yang disiarkan pada 4 Januari 2025.

Drama sci-fi romantik ini mendapat sambutan hangat di kalangan penonton antarabangsa. Malah menjadi trending kini di Netflix, berkat plot yang unik dan pelakon legendanya. Ternyata Gong Hyo Jin dan Lee Min Ho mempunyai perbezaan umur 7 tahun, di mana Gong Hyo Jin dilahirkan pada 4 April 1980 dan Lee Min Ho pada 22 Jun 1987.

Dalam Kdrama ini, Lee Min Ho memainkan watak Gong Ryong, seorang doktor obgyn yang pergi dalam misi angkasa lepas bersama Eve Kim (Gong Hyo Jin), seorang angkasawan Korea yang merupakan kapten misi. Walaupun perbezaan umur, ia tidak menghalang mereka untuk berlakon sebagai pasangan.

 

Shin Hyun Been dan Moon Sang Min

IMG 0955

Menerusi Kdrama “Cinderella at 2 AM” ini, Shin Hyun Been memegang watak Ha Yoon Seo, dan Moon Sang Min sebagai Seo Joo Won.

Ramai netizen merasakan menggandingkan Shin Hyun Been sebagai teraju wanita bersama Moon Sang Min adalah tidak wajar dan nampak janggal. Ini kerana pelakon itu mempunyai perbezaan umur 14 tahun dan tiada keserasian diantara kedua pelakon utama tersebut. Biarpun mendapat kritikan hebat, orang ramai mula berubah fikiran apabila drama ini mula bersiaran dan menunjukkan keserasian lakonan diantara kedua pelakon itu.

“Cinderella at 2 AM” mengisahkan percintaan rahsia di pejabat antara Ha Yoon Seo dan Seo Joo Woon, anak bongsu konglomerat kaya yang merahsiakan identiti sebenar. Apabila ibu Seo Jo Woon mendapat tahu tentang hubungan mereka, dia cuba memisahkan mereka dengan menawarkan wang kepada Ha Yoon Seo untuk berpisah dengan anaknya.

 

Shin Min A dan Kim Young Dae

IMG 0958

Drama romcom lakonan Shin Min A dan Kim Young Dae berjudul No Gain No Love menarik perhatian penonton ketika tayangannya pada 2024.

Sama sepert “Cinderella At 2 AM”, pada mulanya ramai juga yang ragu-ragu tentang chemistry Shin Min A dan Kim Young Dae, dimana jarak beza umur mereka 12 tahun. Namun, ternyata mereka berdua mampu membina chemistry yang baik dan menjadikan drama ini begitu seronok untuk ditonton.

Kdrama ini menyajikan genre komedi romantik untuk para penonton. Genre seperti ini selalu berjaya mencuri perhatian penonton, lebih-lebih lagi apabila jalan yang disajikan adalah ringan dan menyegarkan.

Jalan cerita yang disajikan sangat umum iaitu tentang perkahwinan kontrak yang dilakukan oleh Son Hae Young (Shin Min A) dan Kim Ji Wook (Kim Young Dae). Persembahan lakonan para pelakon membuatkan drama ini tidak membosankan dan kelihatan sangat segar.

 

Seo Hyun Jin dan Hwang In Yeop

Kdrama

Seo Hyu Jin dan Hwang In Yeop telah digandingkan dalam drama misteri undang-undang dan romantik berjudul Why Her pada 2022. Walaupun perbezaan usia mereka hanyalah 5 tahun, mereka menjayakan watak masing-masing di antara seorang profesor dan pelajar.

Drama Why Her mengisahkan tentang seorang peguam berbakat bernama Oh Soo Jae (Seo Hyu Jin) yang menjadi rakan kongsi termuda di TK Law Firm. Firma Guaman TK dikenali sebagai firma guaman terbaik di Korea Selatan. Sebagai seorang peguam, Oh Soo Jae mempunyai keinginan yang kuat untuk memenangi setiap kes yang dikendalikannya.

Perjalanan Oh Soo Jae sebagai seorang peguam yang hebat tidak selalunya lancar. Kali ini, dia mendapat kes yang sangat tidak dijangka dan di luar jangkaannya. Ini membuatkan semua kerja keras Oh Soo Jae sebagai peguam runtuh dalam sekelip mata.
Akibatnya, dia terpaksa berundur sebagai penolong profesor di sekolah undang-undang.

Namun, Oh Soo Jae bukanlah seorang yang mudah berputus asa, kerana sepanjang hidupnya dia mempunyai prinsip untuk sentiasa mencapai kejayaan. Oh Soo Jae kemudiannya berazam untuk menuntut semula jawatan lamanya sebagai penolong profesor. Dia menggunakan kedudukan barunya sebagai cara untuk mendapatkan kedudukan lamanya, malah mengatasinya.

Laluan Oh Soo Jae untuk memajukan kerjayanya dibantu oleh kedatangan seorang pelajar lelaki bernama Gong Chan (Hwang In Yeop) yang kemudiannya menjadi rapat dengannya. Sejak sering bertemu dengan Gong Chan, Oh Soo Jae perlahan-lahan mula melupakan kesakitannya.

Pasangan Kdrama manakah yang anda rasa palimg serasi dan tidak serasi dalam 9 senarai pasangan di atas? Kongsikan bersama kami ya!

Baca lagi: Cari Kdrama Romcom Time Travel Macam Lovely Runner? Viu Original Gadis Masa Wajib Dalam List
Baca juga: Mengapa 7 Kdrama Ini Rating Rendah Walaupun Kos Produksi Berpuluh Billion Won dan Dibintangi Artis Terkenal?