Jom semak siapakah 9 pasangan pelakon yang tidak bercinta di dalam kdrama tetapi bercinta di dunia nyata!
Pada hari Sabtu 1 April 2023, Dispatch telah mendedahkan bukti hubungan cinta antara pasangan Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon yang telah mereka kumpulkan. Tidak lama kemudian, agensi bagi kedua-dua pasangan selebriti itu terus membuat pengesahan tentang khabar angin tersebut.
Pasangan artis ini dipertemukan dalam drama siri popular The Glory yang masih lagi trending hingga saat ini. Namun dalam drama siri itu kedua-duanya menjadi musuh.
Selain pasangan kekasih tersebut, terdapat juga beberapa pasangan lain yang pernah menghebohkan dunia hiburan dengan hubungan istimewa mereka kerana mereka bukanlah pasangan kekasih dalam setiap drama siri yang dibintangi bersama. Jom kita lihat siapakah artis-artis tersebut:
1. Tidak dapat bersama dalam drama siri Reply 1988 (2015), pasangan Ryu Jun Yeol dan Lee Hye Ri rupa-rupanya menjalin hubungan cinta di dunia nyata. Hubungan mereka berdua masih kekal utuh hingga ke hari ini.
2. Cinta Kim Bum pada Moon Geun Young dalam Jung-Yi, Goddess of Fire (2013) akhirnya terbalas jua di dunia nyata. Sayangnya, kini hubungan cinta mereka berdua sudah putus.
3. Bermusuhan dalam drama siri The Glory (2022), Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon telah disahkan kini sedang hangat dilamun cinta sebagai sepasang kekasih!
Baca Lagi: 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik
4. Ji Sung dan Lee Bo Young mendirikan rumah tangga selepas terlibat dengan cinta lokasi semasa sama-sama berlakon dalam drama siri Save Last Dance for Me (2004). Kedua-dua pasangan ini tidak pernah mendapat watak pasangan kekasih dalam drama siri!
5. Setelah sekian lama menjalin hubungan cinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berlakon bersama-sama dalam drama siri Our Blues (2022). Namun, mereka tidak membawa watak sebagai pasangan kekasih.
6. Dalam SKY Castle (2018), Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu menjadi sahabat. Setelah tamat penggambaran, kedua-duanya disahkan menyulam percintaan tetapi kini hubungan mereka sudah putus.
7. Kedua-duanya telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, cinta Joo Sang Wook dan Cha Ye Ryun tidak menjadi dan berakhir dalam drama siri Glamorous Temptation (2015).
8. Menjadi rakan sekelas dalam School 2013 (2012), Kwak Jung Wook dan Park Se Young diam-diam menjalin hubungan asmara dan akhirnya mendirikan rumah tangga di dunia nyata!
9. Lee Ki Woo bertepuk sebelah tangan apabila Lee Chung Ah menolaknya dalam Flower Boy Ramyun Shop (2011). Cinta mereka pernah berputik di dunia nyata!
Kisah percintaan sembilan pasangan selebriti di atas tentu mengejutkan para peminat mereka, apatah lagi watak mereka dalam drama siri langsung tidak menjurus kepada hubungan cinta yang bahagia.
Walaupun ada yang kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin, ada juga pasangan yang kini sudah pun putus. Semoga yang masih kekal bersama sentiasa hidup bahagia dan harmoni. Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan kekasih yang baru menjalin cinta Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon!
Baca Juga: Bintang “The Glory” Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Disahkan Bercinta