Artis Korea Selatan memang dikenali dengan postur dan bentuk wajah yang sangat mirip antara satu sama lain. Tidak hairanlah ramai peminat-peminat keliru dan menyangka bahawa mereka ini adalah orang yang sama, ramai juga yang sering tertukar ketika melihat wajah artis-artis kegemaran mereka.
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat senarai pelakon-pelakon lelaki yang mempunyai wajah hampir sama seperti berikut ini:
1. Sama seperti adik beradik kandung, bentuk wajah Kim Soo Hyun dan Lee Je Hoon mempunyai kesakaan dan sangat mirip antara satu sama lain
2. Sementara itu, si jejaka kacak iaitu pelakon lelaki popular Nam Joo Hyuk juga selalu digandingkan dengan Ahn Hyo Seop kerana rupa paras mereka yang sangat mirip
3. Apakah yang akan terjadi jika Seo In Guk dan Yook Sung Jae berlakon dalam drama siri yang sama? Pasti sangat sesuai jika diberi watak sebagai abang dan adik bukan? Wajah mereka hampir serupa!
Baca Lagi: 9 Pasang Pelakon Wanita Korea Mempunyai Wajah Yang Sangat Mirip
4. Ramai juga yang mengakui bahawa Na In Woo dan Gong Myung selalu dianggap orang yang sama kerana wajah mereka yang begitu mirip sekali
5. Ramai menantikan Jung Ga Ram dapat berlakon dalam projek drama yang sama bersama seniornya iaitu Yoon Park, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup
6. Kesamaan wajah Yeo Jin Goo dan Kim Min Jae membuatkan ramai peminat menyangka mereka berdua mempunyai pertalian darah
7. Rupa-rupanya ramai yang salah anggap dan menyangka bahawa Kim Do Wan dan Kim Min Seok adalah orang yang sama kerana wajah mereka yang saling tak tumpah serupa
8. Pasti anda semua setuju jika dikatakan Woo Do Hwan dan Ryu Jun Yeol mempunyai postur tubuh dan bentuk wajah yang hampir mirip antara satu sama lain
9. Sudah bukan rahsia lagi bahawa Wi Ha Joon dan Kim Kyung Nam seperti adik beradik kembar kembar tetapi mempunyai ibu bapa yang berbeza!
Daripada semua sembilan pasang pelakon lelaki yang telah disenaraikan, mana satukah yang selalu membuatkan anda keliru dan kebingungan? Walaupun mempunyai wajah yang hampir serupa, mereka semuanya memiliki pesona masing-masing yang tidak dapat ditiru oleh sesiapa pun!
Baca Juga: 18 Filem Korea Bakal Ditayangkan Sebelum Berakhir 2023