Home Entertainment 9 Pelakon Korea Ini Kerap Bawa Watak Doktor

9 Pelakon Korea Ini Kerap Bawa Watak Doktor

0

Pelakon Korea yang manakah kerap ditawarkan dan dipilih membawa watak seorang doktor dalam kdrama?

Para pelakon Korea Selatan kerap diuji dengan watak yang belum pernah mereka lakonkan sebelumnya. Salah satunya adalah dengan memainkan berbagai-bagai watak yang mewakili pelbagai bidang kerjaya yang memang langsung tiada kaitan dengan para artis ini dalam kehidupan nyata mereka.

Kehebatan lakonan mereka dapat dilihat apabila mereka berjaya membawakan watak-watak yang tidak pernah dilakonkan sebelum ini.

Contohnya adalah watak sebagai seorang doktor yang kerap muncul dalam drama siri Korea yang bertemakan medikal dan perubatan. Watak-watak sebagai doktor ini dibawa dengan penuh penghayatan oleh para pelakon Korea.

Oleh kerana lakonan mereka yang sangat memukau dan luar biasa dalam membawa watak profesyen tersebut, sembilan pelakon Korea Selatan berikut ini telah dipilih berkali-kali untuk membawa watak sebagai doktor dalam beberapa drama siri.

Jom sama-sama kita lihat senarai pelakon Korea yang berjaya membawa watak doktor beberapa kali:

e37e5f9d 1aa5 4d6c 90af 3b88c0266629
1. Yoo Yeon Seok telah beberapa kali menjadi doktor dalam drama siri General Hospital (2008), Hospital Playlist (2020-2021), Dr. Romantic (2016), dan juga Dr. Romantic 3 (2023)

0da8a3c0 2029 46c3 b6de ac1229348a2a
2. Lee Kyeong Yeong yang memegang jawatan sebagai ketua Trauma Center dalam Kdrama Dr. Romantic 3, ternyata pernah menjadi doktor dan pengarah hospital dalam Kdrama D-Day (2015)

36d7ce30 eeb6 4613 bafa 10cbad8c971e
3. Selain menjadi profesor doktor dalam Doctor Cha (2023), Kim Byung-chul juga pernah menjadi pengarah hospital penjara dalam Kdrama Doctor Prisoner (2019)

1a509aaa 8364 4089 a0ae 186079a809da
4. Baik dalam Kdrama New Heart (2007) mahupun Doctor John (2019), Ji Sung telah melakonkan watak sebagai doktor yang paling menonjol dan berbakat

bed60514 e1be 434e b24a af6c678b6e57
5. Siapa yang yang tidak kenal dengan Lee Sun Kyun, doktor pakar otak dalam Dr. Brain (2021)? Dua juga menjadi doktor dalam Golden Time (2012) dan juga Behind the White Tower (2007)

16b45d20 99b2 48ae 9cfb 2ffef612a397
6. Dr. Slump (2023) menjadi drama siri comeback Park Shin Hye selepas mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak. Dia juga menjadi doktor dalam Kdrama The Doctors (2016)

b4339d64 5060 45e9 bdd8 497fe761ea08
7. Selepas menjadi doktor dalam drama The Doctors (2016), Lee Sung Kyung kembali memegang stetoskopnya di Hospital Doldam untuk Dr. Romantic 3 (2023)

b4594ab4 c51b 4192 943e e0eb3d3f061f
8. Kim Min Jung dalam New Heart membawa watak sebagai doktor yang jatuh cinta kepada rakannya. Selepas itu dia berpindah pula ke hospital lain untuk drama siri The 3rd Hospital (2012)

Pelakon korea
9. Bermula dengan menjadi doktor pelatih dalam drama siri Good Doctor (2013), Kim Young Kwang akhirnya boleh bebas melakukan tugasnya sebagai seorang doktor dalam Kdrama D-Day dan Dr. Ian (2015)

Bagi para peminat drama siri bergenre medikal, mungkin sudah tidak asing lagi dengan barisan pelakon Korea yang pernah membawa watak doktor ini dan tajuk-tajuk drama yang tersenarai di atas. Siapakah pelakon Korea yang paling berjaya menjiwai wataknya sebagai doktor?

Baca lagi: 6 fakta Kdrama “Lies Hidden in My Garden”, bakal tayang 19 Jun

Baca juga: Dr. Romantic 3 – 6 persoalan bakal terjawab di episod akhir