Selalunya, drama Korea menarik perhatian penonton kerana plotnya yang menarik serta jalan cerita yang menyentuh hati dan unik. Namun, selain itu, penonton turut menonton drama tersebut kerana visual dan kemahiran pelakon serta lakonan yang terpuji, menjadikan sesebuah drama itu lebih menarik.
Pelakon dipuji kerana lakonan mereka yang sangat baik dengan emosi sebenar dan penampilan mereka yang sempurna. Korea mempunyai sejumlah Selebriti Korea yang besar untuk dipilih yang menarik perhatian penonton.
Pelakon wanita Korea mempunyai banyak bakat, mereka cantik, kemahiran lakonan yang baik, dan mereka mempunyai kebolehan menyanyi. Dan tahukah anda ada beberapa selebriti terkenal pernah bersaing dalam pertandingan ratu cantik?? Siapakah gerangannya mereka itu? Jom kita kenali mereka!
Kim Sung Ryung – 1988 Miss Korea
Kim Sung Ryung menang sebagai Miss Korea pada 1988 dan mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Miss Universe 1989. Dia bekerja sebagai wartawan di program berita showbiz KBS sebelum menceburi industri hiburan. Debut lakonannya yang tidak dapat dilupakan dalam filem Kang Woo-suk “Who Saw the Dragon Claws?”. Dia muncul dalam “Legends of the Blue Sea” dalam adegan lakonan dengan Lee Min Ho. Drama siri terbarunya adalah “Kill Heel” (2022), dan “Love to Hate You” (2023).
Oh Hyun Kyung – 1989 Miss Korea
Oh Sang-Ji menang sebagai Miss Korea pada 1989 dan mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Miss Universe 1990. Selepas kemenangannya sebagai ratu cantik, dia memulakan kerjaya lakonannya dengan nama pentas Oh Hyun Kyung. Kerjayanya terhenti pada tahun 1998 selepas skandal video seks yang tersebar dan menyebabkan beban besar kepadanya. Dia pergi ke Amerika Syarikat dan tinggal selama 3 tahun disana. Dia kembali dan mula muncul dalam drama bersiri pada 2017 sehingga kini. Anda boleh tonton lakonannya dalam siri drama “Young Lady and Gentleman” (2021-2022).
Baca Lagi: 9 Watak Pembuli Yang Paling Dibenci Dalam Kdrama
Kim Sarang – 2000 Miss Korea
Kim Sarang menang sebagai Miss Korea pada tahun 2000 dan mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Miss Universe 2001. Dia juga menang Pakaian Kebangsaan Terbaik dengan mengenakan pakaian “hanbok” Korea semasa pertandingan itu. Peranan popularnya dalam siri televisyen “Secret Garden” bersama Hyun Bin. Satu lagi persembahan bagus dalam “A Love To Kill” bersama Rain. Projek lakonan terbarunya adalah pada 2020 “Get Revenge”.
Honey Lee (Lee Ha Nui) – Miss Korea 2006
Honey Lee menang sebagai Miss Korea pada 2006 dan mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Miss Universe 2007. Dia telah menyertai Top 5 dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Dia menerima gelaran sebagai Miss Grand Slam pada tahun 2007. Dia muncul sebagai hos bersama dalam hiburan TV Masa Nyata di rangkaian TV nasional SBS. Debut lakonannya pada tahun 2008 dan memulakan kerjayanya dalam muzikal “Polaroid” dan tidak lama kemudian membintangi drama muzikal. Projek lakonannya yang terakhir ialah dalam drama bersiri “One The Woman (2021)” dan filem terbaru yang bakal dibintangi adalah “Phantom (2023)”.
Go Hyun Jung – Naib Juara Miss Korea 1989
Go Hyun Jung menang sebagai Naib Juara dalam Miss Korea 1989. Dia memasuki industri hiburan dan membintangi “Hourglass”, salah satu drama yang mendapat penilaian tertinggi dan mendapat pengiktirafan dalam sejarah TV Korea. Dia menjadi isteri chaebol pada tahun 1995 tetapi bercerai pada tahun 2003. Dia kembali berlakon pada tahun 2005 hingga sekarang. Projek lakonannya yang terakhir ialah dalam drama bersiri “Reflection of You (2021)” dan yang terbaru bakal ditayangkan pada tahun ini adalah “Mask Girl”.
Lee Bo Young – 2000 Miss Korea Daejeon Chungnam
Park Si Yeon – Naib Juara Miss Korea Seoul 2000
Park Si Yeon menyertai pertandingan ratu cantik Miss Seoul dan menang sebagai Naib Juara pada tahun 2000. Debut lakonannya bermula pada tahun 2005 “My Girl”. Projek drama terbarunya dalam sebagai antagonis kepada Lee Bo Young dalam “When My Love Blooms” 2020 dan “Birthcare Center” (2020).
Son Tae Young – Naib Juara Miss Korea 2000
Son Tae Young menang sebagai Naib Juara di pertandingan Miss Korea pada tahun 2000. Beliau mewakili Korea Selatan dalam pertandingan Miss International 2000 dan memenangi Naib Juara dan Miss Photogenic. Dia muncul dalam filem “Sad Movie” dan “The Railroad”. Projek lakonannya yang terakhir ialah dalam drama bersiri “You Are Too Much” 2017.