Home Artis Korea 9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa

9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa

0

Para pelakon lelaki Korea Selatan mempunyai pesona tersendiri di mata para peminat drama siri Korea. Mereka selalu berjaya memukau para penonton dengan bakat lakonan mereka yang sangat luar biasa.

Walaupun ada antara mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan sudah rasmi bergelar seorang bapa, namun sikap profesional mereka dalam dunia lakonan selalu mendapat pujian. Status mereka sebagai seorang ayah bagi anak-anak mereka sama sekali tidak mempengaruhi kualiti lakonan mereka dalam membawa karakter yang dibintangi.

Berikut ini adalah senarai sembilan orang pelakon lelaki Korea Selatan yang tetap popular setelah bergelar seorang bapa. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

2cd5a5f7 a7c4 4912 acb5 6d53802a7f3f1. Pelakon lelaki terkenal Ji Sung mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita Lee Bo Young dan kini mereka sudah dikurniakan dua orang cahaya mata namun pelakon ini selalu berjaya memukau dengan lakonannya yang sememangnya luar biasa hebat

Pelakon lelaki korea2. Pesona Min Woo Hyuk sebagai Dr. Roy Kim dalam drama siri Dr Cha telah berjaya membuat para penonton gagal untuk fokus, ternyata bapa dua anak ini kini sedang meniti populariti secara global

37de0a87 cb24 4009 8b24 b76132dba5693. Hyun Bin juga merupakan salah seorang bapa muda yang makin mempesona walaupun sudah mempunyai anak lelaki bersama dengan pelakon wanita popular Son Ye Jin

a4a008ab 0592 4f5f a0ed bb5c323dbf564. Rain dikenali sebagai seorang ‘family man’ kerana selalu meluangkan waktu untuk bersama-sama dengan isteri dan kedua-dua anaknya

ec363302 ab4f 442f 95ef fd457ce532b05. Pelakon lelaki Ko Sang Ho yang membawa watak Dr. Yang Ha Joon dalam drama siri Dr Romantic sering berkongsi detik manis bersama dengan anak perempuannya melalui laman instagram peribadi miliknya

2ca0813d 577d 432e b1d8 a8433de62b2f6. Walaupun sudah berkahwin dengan Park Shin Hye dan sudah rasmi menjadi seorang ayah kepada anak lelakinya, namun pesona Choi Tae Joon tetap sukar untuk ditolak

01d1dc59 5e6f 4b03 9ee8 d75f527c69067. Tetap tampil segar dan menawan dengan bentuk badannya yang tegap, Jang Hyuk adalah ayah yang baik buat ketiga-tiga orang anaknya

708b8ae1 b6a7 4265 8682 3d9b46af66ab8. Jo Jung Suk sudah mempunyai seorang anak lelaki dengan isterinya Gummy, namun dia selalu berjaya memikat dengan seribu pesona yang dia miliki

2f3a242c f1fa 43c0 b6ce 639f40a762919. Rasmi bergelar seorang ayah untuk cahaya mata lelakinya pada tahun 2015, Lee Byung Hun tetap membintangi puluhan drama dan filem hingga ke saat ini

Walaupun sudah bergelar seorang ayah namun pelakon-pelakon lelaki Korea yang tersenarai di atas tetap berjaya memukau dengan bakat lakonan dan pesona yang mereka miliki. Tambahan pula karier mereka semakin mekar dan berkembang setelah menjadi seorang ayah!

Baca lagi: 8 Kdrama Terbaik Tentang Ibu dan Anak

Baca juga: 13 Pelakon Korea Ini Masih Laris Walaupun Sudah Berkeluarga