Pada awal tahun 2023 ini kita semua telah dihidangkan dengan beberapa buah drama siri dari Korea Selatan yang menonjolkan watak seorang ibu yang mempunyai peranan penting di dalam setiap cerita. Salah watak yang tidak dapat dilupakan adalah watak Park Yeon Jin yang dilakonkan oleh Lim Ji Yeon dalam drama siri The Glory.
Bukan hanya Park Yeon Jin, terdapat beberapa senarai watak lain yang menjadi ibu dalam drama siri yang ditayangkan pada suku pertama tahun 2023. Watak-watak ibu yang ditonjolkan sangat berkesan sehingga ada di antaranya yang melakukan pengorbanan yang besar buat anaknya.
Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarai watak-watak ibu yang sangat berkesan dalam drama siri Korea pada tahun ini:
1. Setelah kes buli terdedah, Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) dalam drama siri The Glory perlu menelan kepahitan kerana anak perempuan kesayangannya mula menjauh darinya.
2. Dalam drama siri yang sama (The Glory), Kang Hyeon Nam (Yeom Hye Ran) sanggup bekerja sebagai pengintip agar dapat memberi kehidupan yang baik untuk anak perempuannya.
3. Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise mempunyai kehidupan yang sempurna disebalik rahsia yang sungguh dahsyat.
Baca Lagi: 5 Projek Kdrama Terbaru Para Pelakon “Duty After School”
4. Tidak ingin anak lelakinya hidup miskin dan terseksa, Jin Young Soon (Ra Mi Ran) dalam The Bad Good Mother terpaksa menjadi seorang ibu yang tegas dan keras hati hingga nampak seperti sangat jahat!
5. Walaupun bukan sebagai ibu kandung, Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) dalam Crash Course in Romance berhenti menjadi atlet demi Nam Hae Yi (Roh Yeon Seo).
6. Menjauh dari media dan hidup dalam bayangan, identiti Kim Hye Joo (Kim Hyun Joo) dalam drama siri Trolley sebagai seorang isteri ahli politik akhirnya terbingkat apabila anak lelakinya ditemui mati lemas dan menjadi sorotan media.
7. Han Ba Da (Hong Soo Hyun) dalam drama siri Red Balloon jarang meluangkan masa dan memberi perhatian untuk satu-satunya anak perempuannya kerana terlalu sibuk bekerja untuk membayar segala hutang ayahnya.
8. Jin Ho Gyeong (Park Eun Hye) dalam drama siri Alchemy of Souls: Light and Shadow sering memaksa anak perempuannya untuk menuruti kehendaknya. Jin Ho Gyeong berdepan dengan banyak konflik sebagai seorang ibu dan naluri keibuannya membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anak tersayang. Walau nampak dingin, tetapi dia sangat mengasihi anak-anaknya!
9. Anak perempuannya menghilang, Go Yoo Na (Oh Yoon Ah) terpaksa kembali ke Korea dan berhadapan dengan masa lalunya yang kelam dalam drama siri Queen of Masks.
Semua watak ibu yang disenaraikan di atas sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka menyayangi anak-anak dengan cara yang sangat berbeza. Walaupun begitu, terdapat watak yang bersikap toksik dan menyakitkan hati sehingga anaknya menjauhkan diri darinya. Watak ibu yang mana satukah menjadi kesukaan anda?
Baca Juga: Peminat Bakal Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada “Taxi Driver 2”