Home Artis Korea 9 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Our Movie”, Gandingkan Jeon Yeo Been...

9 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Our Movie”, Gandingkan Jeon Yeo Been dan Nam Goong Min

0

Pelakon terkenal yang selalu berjaya meraih perhatian dan menyebabkan rating tinggi untuk drama-drama lakonannya, Nam Goong Min kembali dipilih oleh tvN sebagai pelakon utama dalam drama terbaru mereka yang bertajuk Our Movie.

Kali ini dalam Our Movie, Nam Goong Min akan digandingkan dengan pelakon wanita Jeon Yeo Been yang namanya meningkat naik hasil lakonannya dalam drama Vincenzo yang juga merupakan drama terbitan tvN.

Our movie d62ea670 87cf 411a 9c5c fd49217c654b

Drama Our Movie menceritakan tentang seorang pengarah filem berbakat yang sukar menghasilkan filem yang bagus selepas kejayaan filem pertamanya dan seorang pelakon wanita yang sedang sakit tenat yang inginkan peluang untuk menjadi pelakon utama walau sekali sahaja di penghujung hidupnya.

Mari sama-sama kita lihat sembilan perkara menarik tentang drama Our Movie berikut ini!

 

1. Our Movie menceritakan tentang kisah cinta antara seorang pengarah filem dengan seorang pelakon wanita yang sedang sakit tenat

2. Drama Our Movie akan menggandingkan Nam Goong Min dengan Jeon Yeo Been sebagai pelakon utama

3. Nam Goong Min akan membawa watak sebagai Lee Je Ha, seorang pengarah berbakat dalam menghasilkan filem

4. Semasa debut filem pertamanya, Lee Je Ha berjaya menyapu bersih seluruh anugerah di berbagai-bagai festival filem

5. Namun, Je Ha gagal mengulangi kejayaannya tersebut untuk filem-filemnya yang lain, dia juga berusaha untuk bangkit

6. Lee Je Ha merancang untuk menghasilkan filem tentang penyakit yang membawa maut dan ingin menggunakan khidmat pelakon utama yang benar-benar sedang sakit tenat

7. Jeon Yeo Bin membawa watak sebagai seorang pelakon yang sedang sakit tenat, dia ingin sekali menjadi pelakon utama di saat-saat akhir hidupnya

8. Selama proses pembuatan filem tersebut, Lee Je Ha jatuh cinta dengan pelakon tersebut yang hidupnya hanya tersisa menunggu waktu untuk menutup mata

9. Drama Our Movie akan digarap oleh pengarah Inspector Koo iaitu Lee Jung Heum. Skrip pula ditulis oleh Han Ga Eun dan Kang Kyu Min

Membawa genre melodrama, Our Movie dijangkakan akan memulakan proses penggambaran pada bulan September 2024 dan dirancang akan ditayangkan pada bulan Mac 2025. Nantikan ya untuk maklumat lebih lanjut mengenai drama Our Movie.

Baca lagi: 11 Pelakon Korea Paling Laris 2024, Kerap Menjadi Pelakon Utama