Home Entertainment 9 Pilihan Filem Seram Slasher Thailand Menarik

9 Pilihan Filem Seram Slasher Thailand Menarik

0

Para pencipta filem dari Negara Gajah Putih memang sangat terkenal dengan kepakaran mencipta atmosfera yang mencengkam dan menyeramkan bagi para penonton semasa menonton filem seram karya mereka. Tidak hairanlah jika filem seram dari negara Thailand sangat diminati oleh ramai peminat filem seram.

Slasher merupakan sub-genre filem seram yang dipenuhi dengan adegan berdarah yang sadis dan sangat menegangkan. Ditambah pula dengan jalan cerita yang mengerikan dan diwarnai dengan babak jumpscare yang akan semakin memacu adrenalin sesiapa pun yang menontonnya.

Jika anda sedang mencari filem seram slasher yang penuh dengan babak berdarah, gore dan memualkan, berikut adalah 9 buah filem slasher Thailand yang dijamin akan membuat bulu roma anda berdiri tegak!

 

b9742a44 df63 4db3 a845 2b7ac5e2c8db1. Filem Meat Grinder (2009) mengangkat tema kanibalisme yang dipenuhi dengan adegan sadis

 

4512f06f eb60 4b1d af5d ce31015dd3bc2. Hanya berlatarkan satu tempat, filem 407 Dark flight (2012) mengisahkan tentang roh-roh jahat yang menyerang penumpang dalam kapal terbang

 

93067bdf e2d8 4c20 a1da d80dbe61b4ca3. Dalam filem The Unborn Child (2011), aksi balas dendam dari roh janin yang digugurkan secara haram akan membuat anda seram sejuk!

 

Filem seram 4. Dikenali sebagai filem seram legenda Thailand, 4bia (2008) menyajikan empat cerita yang berbeza dan dipenuhi dengan adegan berdarah

 

Seram5. Sering bermimpi buruk, Chon (Arak Amornsupasiri) dihantui oleh seorang wanita misteri yang kerap meminta tolong dalam Body (2007)

 

64006d71 646c 49f0 908a 2d756d2702196. Ghost Game (2006) mengikuti kisah sekumpulan manusia yang bergabung dalam sebuah permainan yang boleh membawa maut

 

3a096a31 a22d 4e76 bcba a13d52c9cdcc7. Percutian berubah menjadi sebuah tragedi, ketika Julie (Scout Taylor-Compton) dirasuk oleh roh jahat yang penuh dendam dalam Ghost House (2017)

 

5292b426 6e8d 4e1e a69c ce408c17053b8. Baru bekerja sebagai pembantu rumah, Joy (Ploy Sornarin) telah dihantui oleh roh jahat dalam The Maid (2020)

 

Seram slasher

9. Diganggu akibat ingkar janji, Boum (Bee Namthip Jongrachatawiboon) perlu menyelamatkan diri dan anaknya dalam The Promise (2017)

Filem-filem yang tersenarai di atas sesuai ditonton oleh para peminat filem gore. Dari semua filem yang disenaraikan, filem manakah yang anda pernah tonton?

Baca lagi: 6 Filem Seram Berlatarkan Tempat Kerja dan Pejabat
Baca juga: Kdrama September 2023: 9 Pelakon Jelita Terkenal Ini Membawa Watak Ibu