Home Entertainment 9 Selebriti Korea Yang Pernah Digosipkan Dengan Anggota BLACKPINK

9 Selebriti Korea Yang Pernah Digosipkan Dengan Anggota BLACKPINK

0

Baru-baru ini, khabar angin tidak enak menerpa Rosé BLACKPINK. Sekurang-kurangnya ada dua khabar yang menjadi perhatian netizen.

Melalui sebuah hantaran Instagram bekas pengarah kreatif Burberry iaitu Riccardo Tisci, Rosé dibabitkan dengan skandal menggunakan bahan terlarang. Selain itu, si cantik manis itu juga digosipkan sedang rapat dan menjalin hubungan dengan pelakon senior iaitu Kang Dong Won akibat gambat dalam hantaran Instagram tersebut.

Baca Lagi: Rose BLACKPINK Dituduh Menggunakan Dadah

Bukan hanya Kang Dong Won, terdapat beberapa orang artis Korea lain yang pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan BLACKPINK. Berikut adalah senarai artis tersebut:

15bd377b 4fc5 4b25 965a 91c72c11dccc1. Kang Dong Won digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan Rosé setelah kedua-duanya kelihatan duduk berdampingan di majlis makan malam bersama pereka fesyen ternama

75c34e0a 3359 488a a8c9 99b3551226fd2. V BTS digosipkan menyulam hubungan cinta dengan Jennie sejak tahun lalu kerana gambar kedua-duanya tersebar. Namun, baik V mahupun Jennie tidak menghiraukan khabar angin tersebut

a83677ef 7e27 40a4 91e6 d352d0baff443. BamBam dikatakan menjalin hubungan yang sangat istimewa dan romantik dengan Lisa. Namun, kedua-duanya mengaku mereka hanyalah bersahabat baik kerana mereka berdua sama-sama berasal dari negara Thailand

dc9708b7 cf45 443d ad6f 65bd848bda694. Pada tahun 2017, Jennie digosipkan mempunyai ikatan istimewa dan bercinta dengan produser Teddy Park yang 17 tahun lebih tua darinya. Namun YG Entertainment dengan pantas menyangkal dakwaan itu

432759ac 2742 4dd6 849f e8eac0f4957c5. Dispatch mendedahkan hubungan Kai EXO dan Jennie pada akhir tahun 2018 selepas kedua-duanya dilihat keluar bersama-sama di taman pada malam hari. Namun, pada Januari 2019, hubungan mereka dilaporkan telah terputus di tengah jalan

c6f5ce0d aeab 4336 af35 a9c33e3137096. Pada tahun 2021, Dispatch melaporkan Jennie menjalin hubungan cinta dengan G-Dragon. Jennie dilihat hadir ke apartment seniornya itu. Namun, YG tidak mengakui gosip liar tersebut

30088532 9245 4783 b1d3 322aca2c1bae7. Rosé tidak banyak terlibat dengan gosip percintaan. Namun pada 2022, dia digosipkan sedang rapat dengan J-Hope BTS, kerana turut hadir di majlis makan malam yang sama. Namun ternyata, dalam majlis tersebut ramai juga bintang idol yang dijemput

49a651b8 5226 4105 815f d38d4c88f93f8. Setelah membintangi drama siri Snowdrop (2021), Jisoo dikhabarkan rapat dengan Jung Hae In. Khabar angin itu berlalu begitu sahaja kerana mereka berdua hanya rapat sebagai rakan sekerja dalam drama sahaja
c261b84a dbfe 445e 90f7 b5acdc24d1b69. Jisoo dikatakan pernah bercinta dengan Joshua SEVENTEEN pada masa lalu. Khabarnya, mereka saling kenal kerana Sowon iaitu bekas anggota G-FRIEND. Namun, gosip ini tak pernah diakui oleh mereka berdua

Setakat ini, kebanyakan gosip percintaan ahli kumpulan BLACKPINK hanyalah khabar angin semata-mata. YG Entertainment hanya mengesahkan gosip percintaan antara Jennie dan Kai sahaja.

Baca Juga: 9 Kdrama Terbaru Pelakon Taxi Driver 2