Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang memiliki standard (kriteria) kecantikan yang sangat ketat.
Tubuh yang langsing, hidung yang mancung, double eyelids (kelopak mata berganda), kulit putih melepak, dan lain-lain kriteria adalah beberapa gambaran terhadap standard kecantikan yang diakui.
Namun, terdapat juga selebriti wanita yang berani tampil dengan keyakinan diri yang tinggi walau dianggap tidak memenuhi standard kecantikan tersebut. Walaupun pada awalnya mereka dipandang remeh, mereka tetap melangkah gagah, mencipta nama dan terus bersinar dalam industri hiburan Korea Selatan yang penuh mencabar.
Muncul dengan wajah asal semulajadi dan tidak mengikuti mana-mana standard kecantikan yang ada dan tampil dengan keyakinan diri yang tinggi, inilah 9 orang selebriti wanita yang disebut-sebut melanggar standard kecantikan di Korea Selatan.
1. Penuh keberanian dan lain dari yang lain, selebriti wanita Amber Liu melawan standard kecantikan Korea melalui penampilannya yang boyish, tomboi, rambut pendek, dan tatu yang dicacah di tubuhnya
2. Pernah dikutuk kerana tidak mempunyai double eyelids, selebriti wanita Kim Go Eun membuktikan pesonanya melalui mata monolid yang tajam dan memukau
3. Walau ramai bintang terkenal yang melakukan pembedahan hidung supaya nampak lebih mancung, selebriti wanita Doyeon dengan pesonanya telah memikat para peminat dengan hidungnya yang lebar dan tidak tinggi
4. ‘Melanggar’ standard kecantikan korea yang menyanjung gigi yang rapi dan rata, Nayeon TWICE yakin dengan kecantikan dirinya dengan bentuk giginya yang membuatkan dia nampak lebih ceria dan muda
Baca lagi: 5 Selebriti Wanita Teratas Yang Menjadi Kegilaan Peminat Wanita Korea Selatan
5. Mempunyai warna kulit yang eksotik telah membuatkan banyak mata tertumpu pada penampilan Hyolyn dalam dunia hiburan Korea Selatan
6. Kehadiran Jennie BLACKPINK dengan wajah bulat, dagu pendek, dan pipi tembam, ‘melanggar’ standard v-line yang diidamkan oleh ramai orang!
7. Dengan kulit coklat dan tubuh berisi, Hwasa Mamamoo melawan standard badan kurus ramping dan kulit putih melepak yang dipuja-puja di Korea Selatan
8. Wajah mungil dan pipi tirus sangat dipuja di Korea Selatan. Namun, Sunmi tetap anggun walau wajahnya adalah berbentuk lonjong dan panjang
9. Seulgi juga berani tampil menawan dengan kelopak mata monolid dan runcing yang melawan standard kecantikan kelopak mata berganda di Korea Selatan
Memiliki rupa paras dan bentuk badan yang berbeza dengan standard kecantikan yang sudah diikuti secara meluas sebelum ini membuatkan kehadiran para selebriti ini memberi inspirasi kepada para gadis dan wanita lain di Korea terutamanya. Mereka tetap tampil dengan keyakinan diri dan berpuas hati dengan wajah dan tubuh yang mereka miliki. Walaupun tampil berbeza, kecantikan mereka tetap terserlah bukan?