Home Movie 9 Siri dan Filem Jenayah Original Netflix Bakal Temani Anda pada Bulan...

9 Siri dan Filem Jenayah Original Netflix Bakal Temani Anda pada Bulan Julai

0

Merupakan salah satu genre yang paling ditunggu-tunggu, Netflix bakal melancarkan beberapa buah siri dan filem jenayah yang tentu sahaja sangat menarik dan bakal memikat hati anda pada bulan Julai 2024 ini.

Bukan hanya dari Hollywood, akan ada beberapa buah siri dan filem jenayah dari Jepun, Thailand, Jerman, dan Itali pada bulan Julai ini.

Buat anda para peminat genre ini, berikut dibawah ini adalah beberapa buah siri dan filem jenayah yang perlu anda tonton. Jangan lupa catat tarikh tayangnya ya!

 

Filem thriller jenayah

1. Eddie Murphy akan kembali membawa watak sebagai detektif polis Los Angeles di Beverly Hills Cop 4: Axel Foley (3 Julai 2024) dengan kes jenayah yang misteri dan sukar

 

 

 

IMG 1842

2. Apakah akan terjadi jika seorang lelaki disyaki merupakan bapa kandung kepada ribuan anak di seluruh dunia? Semuanya akan dipaparkan dalam dokumentari The Man with 1000 Kids (3 Julai 2024)

 

Baca juga: Wajahnya Sering Muncul dalam Filem Korea, Ini 6 Filem Jenayah Lakonan Kang Dong Won

 

IMG 1843

3. Desperate Lies (5 Julai 2024) mengisahkan tentang seorang wanita yang mengandungkan dua orang bayi dan masing-masing memiliki DNA yang berbeza. Mana mungkin?

 

 

 

Netflix

4. Sedang mengalami konflik rumah tangga, pasangan suami isteri ini perlu mencari anak-anak mereka yang tiba-tiba hilang dari rumah dalam Vanished into the Night (11 Julai 2024)

 

 

5. Homicide: Los Angeles (16 Julai 2024) akan menampilkan beberapa kes jenayah rumit dan tragis yang terjadi di Los Angeles

Baca juga: 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton

 

6. Saksikan pertarungan perebutan harta warisan yang sukar dan berbahaya antara setiap waris dan pembantu rumah mereka dalam siri Master of the House (18 Julai 2024)

 

 

7. Dirty Pop: The Boy Band Scam (24 Julai 2024) menceritakan tentang Lou Pearlman, seorang pengurus beberapa orang penyanyi ternama tahun 90-an yang melakukan salah satu penipuan terbesar

Baca lagi: 7 Filem Jenayah Korea dengan Plot Twist Luar Biasa, Kejahatan yang Menghantui

 

8. Berlatarkan masa selepas runtuhnya Tembok Berlin, Kleo S2 (25 Julai 2024) berpusat pada kisah pengintip yang menggunakan kepakarannya untuk balas dendam

 

 

IMG 1848

9. Diadaptasi dari novel karya Ko Shinjo, Tokyo Swindlers (25 Julai 2024) berpusat pada penipu hartanah yang mahu melakukan penipuan hartanah sebanyak 10 billion yen

The Man with 1000 Kids, Master of the House, dan Tokyo Swindlers merupakan antara cerita yang paling ditunggu-tunggu tayangannya pada bulan Julai 2024 ini. Adakah anda tertarik untuk menonton filem-filem dan siri-siri Netflix dengan genre thriller jenayah di atas?

Baca lagi: Suka The Whirlwind? 4 Drama Korea Ini Menggegarkan Dunia Jenayah dan Korupsi Politik, Penuh Kejutan
Baca juga: Minat Genre Tekno-Thriller? Tonton 9 Siri Misteri dengan Elemen Teknologi Canggih Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here