Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) adalah merupakan watak utama dalam Kdrama 2023 “The Good Bad Mother”.
Wataknya ditonjolkan sebagai seorang pendakwa raya yang pura-pura jahat dan penuh rasuah demi membalas dendam. Sayangnya, balas dendam ini membuatkan dia jauh daripada keluarga, termasuk dua orang anak kembarnya.
Bukan hanya Choi Kang Ho, ada banyak lagi watak ayah dalam Kdrama 2023 ini yang mempunyai kisah tragik. Contohnya adalah beberapa watak yang berikut ini.
Jom sama-sama kita lihat sembilan watak ayah penyayang tetapi bernasib malang dalam Kdrama 2023 ini:
1. Kerana sibuk dengan urusan balas dendam, Choi Kang Ho (Lee Do-hyun) lupa bahawa dia mempunyai dua orang anak kembar dalam Kdrama siri The Good Bad Mother
2. Dalam drama siri yang sama iaitu The Good Bad Mother, Choi Hae Sik (Cho Jin Woong) adalah seorang ayah yang penyayang. Sayangnya dia meninggal dunia sebelum isterinya melahirkan anak yang ditunggu-tunggu
3. Kerana masa lalu tragik, Baek Hee Seop (Lee Gyu Hoe) dalam drama siri My Perfect Stranger terpaksa melayan anak dan isterinya dengan buruk dengan buruk dan dia dibenci oleh anaknya
4. Hyung Man (Park Soo Young) dalam drama siri yang sama iaitu My Perfect Stranger terpaksa kehilangan anak perempuan sulungnya yang jadi menjadi mangsa pembunuhan bersiri
5. Jang Tae Hwa (Oh Man Seok) kehilangan satu-satunya anak lelaki kesayangan kerana terbunuh dalam tugas semasa ingin menawan Lee Seol dalam Kdrama siri The Secret Romantic Guesthouse
6. Ha Do Yeong (Jung Sung Il) dalam Kdrama 2023, The Glory Bahagian ke 2 sangat terkejut apabila mengetahui anak perempuan kesayangannya ternyata bukanlah anak kandungnya
7. Dalam Kdrama siri yang sama iaitu The Glory Bahagian ke 2, Jeon Jae Joon (Park Sung Hoon) sampai ke akhir tetap gagal untuk mendapatkan hak jagaan anak kandungnya
8. Min Ho Seung (Seo Tae Hwa) berakhir mati terbunuh tepat pada hari perkahwinan anak perempuannya dalam Kdrama 2023, Our Blooming Youth
9. Raja (Lee Jong Hyuk) dalam Kdrama 2023, siri yang sama iaitu Our Blooming Youth tidak pernah menyangka bahawa anak kesayangannya ternyata bukanlah darah dagingnya yang sebenar
Semua sembilan watak yang tersenarai di atas sangat menyayangi anak mereka. Sayang sekali kebanyakan di antara mereka terpaksa berpisah dengan buah hati mereka.
Walaupun ada yang merupakan watak antagonis, tapi hati para penonton diusik rasa kasihan dan sedih apabila watak-watak bapa ini tidak dapat hidup bahagia dengan anak kesayangan mereka.
Baca lagi: “Bloodhounds” – 5 Pengajaran Berharga Daripada Siri Ini
Baca juga: Tale of The Nine Tailed Bakal Akan Ada Musim 3