Home Entertainment 9 Watak Kdrama Heartbeat Bernasib Malang

9 Watak Kdrama Heartbeat Bernasib Malang

0

Walaupun membawa genre komedi, drama siri Korea Heartbeat ternyata dilengkapi dengan konflik yang cukup rumit.

Setiap watak dalam Kdrama ini perlu menghadapi berbagai-bagai masalah hidup, masalah mengenai hubungan cinta dan asmara, keluarga, dan juga ekonomi.

Kerana terlalu banyak masalah hidup yang perlu mereka hadapi, setiap watak dalam Kdrama Heartbeat boleh disebut sebagai watak yang malang, termasuklah beberapa watak yang tergolong menyakitkan hati juga, mereka juga mempunyai masalah serupa.

Siapakah mereka dan apakah masalah yang perlu mereka hadapi? Jom sama-sama kita lihat senarainya di bawah ini:

 

Heartbeat1. Selepas tidur hampir 100 tahun, Seon Woo Hyeol (Ok Taec-yeon) gagal menjadi manusia. Vampire ini juga dalam persimpangan antara memilih nyawa manusia atau nyawanya sendiri

 

cc5fa782 2669 4407 85f8 af32286349a22. Selepas dipecat, Joo In Hae (Won Ji An) yang hidup sebatang kara perlu melunaskan segala hutang yang banyak. Dia juga perlu mengorbankan nyawa jika mahu membantu Seon Woo Hyeol menjadi manusia

 

460d1bb2 3865 4a20 a692 554fc7f4f2b73. Yoon Hae Sun (Yoon So Hee) meninggal dunia kerana melindungi Seon Woo Hyeol dari serangan manusia yang sedang memburu vampire

 

3e17ffe6 9386 4462 a774 78916f6508de4. Cintanya hanya bertepuk sebelah tangan, Shin Do Sik (Park Kang Hyun) mempunyai penyakit misteri hingga membuatnya perlu mencari makhluk separuh manusia separuh vampire

 

e159397b 2722 4696 8504 6cec150e1ff95. Na Hae Won (Yoon So Hee) selalu kesepian. Sewaktu Seon Woo Hyeol yang disukainya memilih perempuan lain, dia menjadi posesif dan licik

 

e6b747e9 abb8 440c 9328 9b184a2d240e6. Park Dong Seob (Ko Kyu Pil) yang bertahan hidup dengan membuka restoran teokpokki perlu menerima hakikat dia kalah dalam persaingan dengan restoran di sebelahnya

 

15cc0f15 e832 43bc b663 ca2e288aa0e37. Tidak jauh berbeza, Lee Sang Hae (Yoon Byung Hee) yang selama ini hidup miskin hanya pasrah sewaktu kedai tilik nasib miliknya perlu dikosongkan

 

95868413 6079 4251 829d 2bcceb1768588. Ingin hidup tenang sahaja, malangnya Hwang So Yi (Jang Seo Yeon) diikut oleh bekas kekasihnya yang toksik apabila dia sudah pindah tempat tinggal

 

d828014a 3ab9 4537 bd2e d3d61c6b662d

9. Joo Dong Il (Seo Hyun Chul) bertahun-tahun tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Joo In Hae kerana diculik oleh vampire yang jahat

Sembilan watak yang tersenarai dalam drama siri Heartbeat ini mempunyai nasib yang sungguh malang bukan? Mereka mempunyai nasib tidak baik yang berbeza-beza dan dengan keadaan yang tidak sama. Semoga nasib mereka semua menjadi lebih baik di akhir episod nanti ya!

Baca lagi: Heartbeat – Tacyeon Si Pontianak Digigit Manusia?
Baca juga: HeartBeat – 7 Sebab Seon Woo Hyeol Berhenti Mengejar Na Hae Won