Kebelakangan ini, banyak kdrama siri dari Korea Selatan yang kerap membawa genre fantasi yang ternyata mempunyai ramai peminat dan genre ini disukai dari seluruh dunia.
Sudah semestinya ada watak dengan berbagai-bagai kebolehan luar biasa yang boleh menarik perhatian penonton. Salah satu kebolehan luar biasa yang selalu diketengahkan adalah kebolehan membaca fikiran, ingatan dan juga masa depan.
Beberapa watak dalam Kdrama siri fantasi boleh melihat masa lalu dan masa depan seseorang hanya dengan sentuhan. Bahkan ada yang mempunyai berbagai-bagai kemampuan luar biasa yang lain seperti kuasa kekuatan seperti kekuatan 100 orang manusia.
Jom sama-sama kita lihat 9 watak dalam Kdrama yang mempunyai kuasa melihat masa lalu dan masa depan hanya dengan sentuhan.
1. Merupakan seorang doktor haiwan, Bong Ye Boon (Han Ji-min) suka bereksperimen kerana dia boleh melihat masa lalu hanya dengan menyentuh punggung manusia atau haiwan dalam kdrama Behind Your Touch (2023)
2. Salah satu kebolehan magikal Do Ha Na (Kim Se Jeong) dalam kdrama siri The Uncanny Counter 2 (2023) adalah membaca memori orang lain dengan sentuhan
3. Kebolehan yang sama juga dimiliki oleh Gelly (Kim Hieora) dalam The Uncanny Counter 2 (2023) selepas dia menyedut jiwa seorang pemburu roh jahat (counter) di Cina
4. Sewaktu bersentuhan dengan orang lain, Wang Yeo (Lee Dong Wook) yang merupakan malaikat maut dalam kdrama popular Goblin (2016) boleh mengetahui kehidupan lampau seseorang
5. Berbeza dari sebelumnya, Hong Ye Sool (Seo Ji Hye) mampu melihat masa depan secara sekilas lalu dengan sebuah ciuman dalam drama Kiss Sixth Sense (2022)
6. Jika bersentuhan dengan orang lain atau benda, Lee Ahn (Jinyoung GOT7) dalam drama siri He is Psychometric (2019) mampu melihat memori mereka
7. Perkara yang sama terjadi kepada Dong Baek (Yoo Seung Ho) dalam Memorist (2020). Dia menggunakan kebolehannya untuk menyiasat kes jenayah
8. Do Jin Woo (Ok Taecyeon) yang juga boleh mengetahui masa depan hanya dengan menyentuh orang lain dalam drama Touching You (2016)
9. Dalam drama siri Jinxed at First (2022), Lee Seul Bi (Seohyun) mewarisi kebolehan ibunya yang boleh meramal masa depan sewaktu berlaku sentuhan
Hanya dengan satu sentuhan, setiap watak dalam drama siri yang tersenarai di atas mampu melihat masa lalu dan juga masa depan orang lain. Bahkan, ada juga yang boleh melihat memori benda yang tidak bernyawa.