Home Entertainment 9 Watak Paling Manipulatif Dalam Kdrama Terbaru

9 Watak Paling Manipulatif Dalam Kdrama Terbaru

0

Kami senaraikan 9 watak yang sangat manipulatif dalam drama siri Korea Selatan, kami mengambil deretan watak antagonis dari Kdrama terbaru yang sememangnya sangat mendapat sambutan ramai peminat.
Deretan antagonis yang penuh tipu muslihat dan sangat licik!

Nama Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) memang cukup tersohor buat masa sekarang kerana dia telah berjaya membawa watak antagonis utama dalam drama siri popular The Glory. Dia digambarkan sebagai seorang individu yang tidak mahu kalah dan tidak mahu mengaku salah dan sering bertindak manipulatif demi mendapatkan simpati.

Selain Park Yeon Jin, ada cukup banyak watak antagonis lain dengan sikap manipulatif dalam drama siri baru yang ditayangkan pada awal tahun 2023 ini. Semua watak memang berjaya membuatkan para penonton sakit hati ikut beremosi, jom kita semak senarai karakter manipulatif dalam pelbagai drama siri berikut seperti di bawah ini:

Baca Lagi: Sehun EXO Dituduh Hamilkan Teman Wanita

1. Sampai ke akhir, Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon) tidak mengakui kesalahannya dan masih berusaha memanipulasi orang ramai untuk meraih simpati dalam The Glory.

EE74AD5A C2FA 4F30 A77F B051227EEF1F
2. Jin Mu (Jo Jae Yoon) menggunakan pujuk rayu dan tipu muslihat ke atas ramai orang demi memenuhi kehendak dan cita-cita peribadinya dalam Alchemy of Souls.

0B2F8C56 2434 4336 A3D5 B0490B2BBA0C
3. Dengan sikap manipulatifnya, Seo Un Jeong (Park Sun Young) membuat suaminya membenci anak kandungnya sendiri dalam The Forbidden Marriage.

044B73CE BDCC 497C 8B70 377518366B6C
4. Ji Dong Hee (Shin Jae Ha) diam-diam melakukan manipulasi psikologi ke atas ketuanya yang juga merupakan watak utama dalam Crash Course in Romance. Memang berjaya membuat para penonton geram dan mengetap bibir!

B22440DA 2BB9 46F6 9503 76F338646058
5. Yoo Sang Gi (Ko Sang Ho) dalam Taxi Driver 2 melakukan banyak taktik kotor untuk membolot dan mencuri duit daripada mangsanya yang merupakan warga emas

2B315AA6 BF28 4322 9B4A 180A9D39F726
6. Ok Ju Man (Ahn Sang Woo) dalam drama siri yang sama (Taxi Driver 2) merupakan ketua ajaran sesat. Dia menggunakan teknik manipulasi psikologi untuk menipu para jemaahnya.

CDBF4DCF 0B01 478C 86C2 7F3CB12DBCF9
7. Redrin (Cha Joo Young) dalam drama siri The Heavenly Idol mencuri jiwa manusia dengan membuat mereka terjebak dalam kesepakatan yang tidak adil. Sebuah perjanjian yang penuh tipu daya dan muslihat!

08C035DD 9313 499D 8274 1ED5DF0E2B8F
8. Dalam drama siri The Heavenly Idol juga, Shin Jo Woon (Lee Jang Woo) merupakan iblis yang membuat manusia menjadi jahat dengan menggunakan kuasa ghabibnya!

DD9EAF2D 55BF 4AB5 AA2B 668543B432B3
9. Kang Pil Seung (Kim Do Yoon) berpura-pura baik dan penuh kepalsuan. Ternyata dia sangat manipulatif dalam perniagaan hartanah dalam drama siri Taxi Driver 2.

20B85EA6 6D46 488E 9DCC 19DEE0B343B9Semua sembilan watak antagonis yang telah disenaraikan di atas telah berjaya membuat para penonton berubah-ubah emosi dengan sikap toksik mereka. Semuanya sanggup memanipulasi perasaan orang lain hanya demi kepentingan diri sendiri. Memang sangat jahat!

Baca Juga: 5 Watak Jahat Kdrama Yang Tidak Dapat Dimaafkan