Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 9 Watak Penting dalam Drama Terbaru “Black Out”, Tayang 16 Ogos

9 Watak Penting dalam Drama Terbaru “Black Out”, Tayang 16 Ogos

0

Drama terbaru Black Out (2024) merupakan drama MBC yang mengisahkan tentang Go Jung Woo (Byun Yo Han), seorang pelajar perubatan yang didakwa telah melakukan jenayah membunuh, tetapi tiada mayat yang ditemui. Dia berada di penjara selama 10 tahun dan cuba memulakan hidup baru selepas dibebaskan.

Drama Black Out akan dibintangi oleh beberapa orang pelakon popular seperti Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol dan Kim Bo Ra. Drama ini adalah adaptasi daripada novel Jerman yang paling laris berjudul Snow White Must Die.

Byun Yo Han membawa watak sebagai orang yang dituduh menjadi pembunuh kali ini, berikut adalah 9 watak penting bagi drama Black Out. Mari sama-sama kita lihat.

 

Black out1. Go Jung Woo (Byun Yo Han) ialah seorang pelajar perubatan yang dipenjarakan selama 10 tahun kerana melakukan pembunuhan yang tidak diingatinya.

 

 

b94be021 c9c3 46e4 a096 a0f3549f96082. No Sang Cheol (Ko Jun) ialah seorang detektif elit yang mengendalikan kes berkaitan Go Jung Woo. Hidupnya musnah apabila bakal isterinya dibunuh

 

 

fcfd21ba 505a 4854 aeca 0c7e3dcfb9873. Choi Na Gyeom (Go Bo Gyeol) ialah seorang artis terkenal dan juga rakan sekelas Go Jung Woo di sekolah menengah. Dia setia menyokong Go Jung Woo selama 10 tahun di penjara

 

7403d5b2 e091 4058 9645 508c40fbe8334. Ha Seol (Kim Bo Ra) ialah seorang pelajar perubatan yang mengambil cuti untuk mengembara ke seluruh negara dengan skuter

 

 

d81cd17b 89d2 48bf 87c6 0d9c48700d555. Ye Young Sil (Bae Jong Ok) sebagai ahli Dewan Negara Bandar Mucheon yang bercita-cita mahu menjadi gabenor wanita pertama Wilayah Gyeonggi

 

 

dc8abee4 d832 44cc 8e10 3e0182cb3e736. Hyun Goo Tak (Kwon Hae Hyo) ialah ketua Balai Polis Mucheon yang bekerja dengan Ye Young Sil, dia ramah terhadap penduduk bandar

 

 

99c22aa6 7328 47cc 8ee5 402fd2a7fa167. Shim Dong Min (Jo Jae Yoon) ialah seorang bapa yang anaknya menjadi mangsa pembunuhan Go Jung Woo, menjadi seorang penagih alkohol

 

9320f71b 29a0 48ee 9c9b becdb23142028. Jung Geum Hee (Kim Mi Kyung) sebagai ibu Go Jung Woo, dia tabah menghadapi cemuhan dan kutukan penduduk kerana pembunuhan yang dilakukan oleh anaknya

 

 

4401c082 7bdd 4059 9de9 96ff609bf0a89. Go Chang Soo (Ahn Nae Sang) ialah bapa Go Jung Woo, dia sabar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya, keluarga sangat penting baginya

Drama Black Out dijadualkan akan ditayangkan pada 16 Ogos 2024 nanti. Jangan lupa saksikan ya!

Baca lagi: Debaran Makin Terasa, 4 Kdrama Thriller Ini Bakal Menmani Anda Sepanjang Ogos 2024
Baca juga: ‘Squid Game’ Akan Berakhir Dengan Musim 3, Musim ke 2 Akan Ditayangkan pada 26 Disember 2024 di Netflix