Perfect Marriage Revenge merupakan salah sebuah drama siri Korea Selatan yang sedang ongoing yang ditayangkan di Vidio. Drama siri Korea ini merupakan adaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama yang dilancarkan di LINE Webtoon.
Perfect Marriage Revenge diadaptasi dari webtoon, maka tidak hairanlah jika kebanyakan watak utama dan watak pembantu yang dipilih benar-benar hampir serupa penampilannya dengan watak dalam versi webtoon.
Jom kita lihat 9 watak penting dalam versi drama Perfect Marriage Revenge (2023) yang kelihatan hampir serupa dengan versi webtoon. Sangat menarik!
1. Seo Do Gook (Sung Hoon) versi drama dan webtoon kelihatan sangat serupa! Bukan hanya dari segi penampilan dah gaya, tapi juga dari segi aura dan ekspresi yang kelihatan hampir sama
2. Han Yi Joo (Jung Yoo Min) dalam versi drama dan webtoon pasti kelihatan lebih mirip jika ekspresi mereka berdua adalah sama
3. Aura Seo Jung Wook (Kang Shin Hyo) dalam webtoon dan drama sangat serupa. Lagi-lagi apabila penampilan dan ekspresi mereka kelihatan sama sahaja!
4. Watak Kim Jae Won (Do Yu) dalam versi drama seolah-olah seperti dia keluar dari webtoon dan masuk ke kaca TV. Persamaan mereka benar-benar sempurna!
5. Walau model dan gaya rambut mereka adalah berbeza, tetapi aura dan ekspresi Lee Jung Hye (Lee Min Young) dalam versi webtoon dan versi drama adalah hampir sama
6. Gaya berpakaian, penampilan, ekspresi, dan aura Cha Yeon Hwa (Lee Mi Sook) dalam versi drama saling tak tumpah seperti wataknya dalam versi webtoon
7. Jika dari segi penampilan, Oh Seung Yun memang sangat menyerupai watak Yu Se Hyeok! Betul bukan?
8. Jin Hee Kyung nampak seperti versi 3D untuk Jamie bukan? Adakah anda perasan persamaan mereka?
9. Jika An Soo Jin dalam versi webtoon mengenakan cermin mata, pasti sahaja dia akan kelihatan saling tidak tumpah seperti Lee Da Hee
Selain jalan ceritanya yang sangat menarik, persamaan setiap karakter Perfect Marriage Revenge (2023) dalam versi webtoon dan versi drama patut dipuji. Pada pendapat anda, watak manakah yang paling serupa dalam kedua-dua versi?