Sekiranya aktres ini tidak menolak watak Eun Suh dalam drama Korea ‘Autumn In My Heart’, pasti kita terlepas peluang untuk melihat Song Hye Kyo bawa watak yang mengangkat namanya semasa Hallyu mula melanda Asia sekitar awal 2000-an dulu.
Drama Korea klasik ini mengisahkan percintaan antara gadis penghidap leukemia bernama Eun Suh (Song Hye Kyo) dan abang angkatnya Yun Joon Suh (Song Seung Hun). Penamat tragis dan jalan ceritanya yang menyayat hati membuatkan penonton menangis tidak cukup tisu.
Menurut Kbizoom, Song Hye Kyo merupakan pelakon baru ketika itu. Memegang watak Eun Suh merupakan batu loncatan kepada karier Song Hye Kyo. Imej seorang gadis ayu dengan wajah pucat bermata sayu mungkin masih terpateri dalam ingatan penonton.
Namun tidak ramai tahu bahawa peranan itu asalnya mula-mula ditawarkan kepada Kim Hee Sun, pelakon wanita popular yang dijuluki ‘Ratu Drama TV’ kerana banyak membintangi drama terkenal di Korea seperti Men of the Bath House, Forever Yours, Propose dan Wedding Dress.
Sejak zaman muda lagi, Kim Hee Sun menyerlah dengan keanggunan wajahnya yang bujur sirih dan hidung terletak cantik. Dia mula masuk ke dalam industri hiburan pada tahun 1993 dengan berlakon dalam iklan TV. Kejelitaannya jadi lif atau eskalator untuk naik cepat ke puncak kejayaan dalam dunia skrin. Seingat saya, dia juga pernah berlakon dalam drama air mata ‘Sad Love Story’ pada sekitar tahun 2005/2006 dulu.
Walaupun hampir 30 tahun sudah berlalu, Kim Hee Sun masih dianggap ikon kecantikan dalam industri hiburan Korea walaupun usianya kini sudah masuk empat siri.
Apa cerita pelakon Autumn in My Heart sekarang? Klik pautan artikel di bawah untuk tahu lebih lanjut:
Dua Dekad Sudah Berlalu, Ini Gambar Terkini Pelakon ‘Autumn In My Heart’