Home Kdrama/Kmovie Kim Soo-hyun Terima Bayaran Hampir RM 2 Juta Untuk Setiap Episod Drama...

Kim Soo-hyun Terima Bayaran Hampir RM 2 Juta Untuk Setiap Episod Drama ‘One Ordinary Day’

0

Baru sahaja ditayangkan pada 27 Oktober lalu, drama ‘One Ordinary Day’ terus tersenarai ke dalam Top 20 carta Coupang Play, platform penstriman video yang turut menerbitkan drama ini.

One Ordinary Day p2

Drama yang dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Kim Soo-hyun dan Cha Seung-won ini mengisahkan Kim Hyun Soo yang merupakan seorang pelajar kolej biasa dan naif. Dalam satu malam, kehidupannya berubah 180 darjah kerana dituduh melakukan pembunuhan ke atas seorang wanita.

Menurut portal Korea Wikitree, Kim Soo-hyun dibayar 500 juta won (sekitar 1.7 juta Ringgit) setiap bagi menjayakan watak Hyun Soo, watak pelajar kolej terbabit. Menjadikan kos untuk bayar dia saja menelan 4 billion won (sekitar 14 juta Ringgit).

Kim Soo-hyun dinobatkan sebagai antara bintang Korea termahal sejak drama ‘My Love from the Star’ dan ‘It’s Okay to Not Be Okay’ yang berjaya membuatkan negara jiran iaitu China dan Jepun disapu Gelombang Korea.

Aktor ini memang patut dibayar mahal kerana dia punya menangis keluar air mata jantan dan ekspresi mukanya tu sampai kita pun pedih ulu hati tengok bila dia berusaha mengaku tidak bersalah sebelum dibantu oleh seorang peguam dalam cerita ‘One Ordinary Day’.

Ni nak warning siap-siap, cerita ini ada babak 19+ yang saya pun skip laju-laju sebab takut kena laknat kalau tengok. Ini antara drama yang top 20 di Viu, ada lapan episod je dan boleh tonton di aplikasi atau web Viu secara percuma sampai 31 Disember. Boleh klik banner di bawah untuk cari drama ini atau cerita-cerita lain juga.

Rancak campaign 1640x614 1