Baru-baru ini Kim Eun-sook, penulis skrin tersohor mendedahkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh drama Korea ‘Descendants of the Sun’ sebelum muncul di skrin dalam rancangan TV KBS ‘Entertainment Company Live’.
Rancangan hiburan tersebut memperkenalkan mana-mana filem dan drama yang jadi hits selepas melalui beberapa halangan dan dugaan. Salah satunya adalah drama ‘Descendants of the Sun’ yang mencipta beberapa babak legend yang masih diingati sehingga kini. Ternyata, terdapat beberapa twist juga semasa produksi drama tersebut.
Menurut Kim Eun-sook, pelan produksi awalnya ditolak oleh TV SBS. Tambahan pula, sukar untuk cari pelakon bagi memainkan peranan Kapten Yoo Si-jin. Ketika itu, tim produksi mahukan aktor yang berkarisma dan gagah perkasa.
Jadi mereka hubungi calon-calonnya iaitu Gong Yoo, Jo In-sung, Kim Woo-bin dan Lee Min-ho tetapi semua tak nak kerana itu watak tentera dan penggambaran mungkin mengambil masa lama. Selepas Song Joong-ki sanggup, penggambaran pula terpaksa ditangguh kerana hero tersebut cedera semasa berlakon.
Setelah menghadapi macam-macam pahit getir, akhirnya usaha mereka berbuah kemanisan apabila disukai oleh ramai penonton dari seluruh dunia dan mencatat rating tertinggi, 46.6% semasa episod akhir. Song Joong-ki turut menerima pelbagai tawaran dan meraih pendapatan sekitar 100 billion won (hampir RM 358 juta) pada tahun tersebut.
Sumber: [1]