Home Food Tauke Restoran Terkejut Tengok Mukbanger Korea Ini Makan Segunung Tiram

Tauke Restoran Terkejut Tengok Mukbanger Korea Ini Makan Segunung Tiram

0

Suatu hari, seorang YouTuber Mukbang popular dari Korea, Tzuyang jumpa restoran khusus masakan tiram di Seoul ketika musim sejuk.

Semasa duduk di dalam restoran tersebut, dia order tiga bekas besar tiram kukus sampai tauke yang ambil pesanannya terkejut kerana biasanya saiz hidangan tersebut untuk 3-4 orang makan.

Sebagai pembuka selera, Tzuyang melantak tiram mentah dulu sementara tunggu makanan pesanannya sampai. Kemudian dia habiskan sepinggan tiram goreng cicah sos.

hgt6
Kredit: Tzuyang/YouTube
hdsw
Kredit: Tzuyang/YouTube

“Hah?” terlopong mulut Tzuyang apabila segunung tiram terhidang di depan mata. Sampai pelanggan lain turut bangun untuk ambil gambar.

hdddss
Kredit: Tzuyang/YouTube
lhgd
Kredit: Tzuyang/YouTube

“Banyak betul dia makan.” bisik orang di belakangnya.

Tzuyang pejam mata sahaja menikmati tiram-tiram itu sampai titisan sos terakhir. Tiga isi tiram yang lebih besar dari cengkerang disumbat sekali gus ke dalam mulut.

khff
Kredit: Tzuyang/YouTube

Sekali lagi dia mengejutkan orang-orang di situ apabila dia berkata “Saya rasa tak kenyang lagi ni.”

hdsskji 1
Kredit: Tzuyang/YouTube

Tauke restoran yang memerhatikan gelagatnya dari pun kata, “Secara normalnya, letih nak habiskan semua ni. Tapi banyak sungguh kamu makan.”

Tauke itu turut mendedahkan satu bekas pengukus itu mengandungi 55-60 tiram, menjadikan YouTuber itu memakan sejumlah kira-kira 200 tiram.

hdddss
Kredit: Tzuyang/YouTube

Hari itu juga jadi ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ bagi restoran berkenaan kerana ini kali pertama tauke restoran itu jumpa pelanggan seperti Tzuyang sepanjang 15 tahun buka kedai makan.

Tonton video penuh di bawah:

Sumber: Insight.kor