Home Kdrama/Kmovie Netflix Mempromosikan ‘All of Us Are Dead’ Dengan Cara Menyeramkan

Netflix Mempromosikan ‘All of Us Are Dead’ Dengan Cara Menyeramkan

0

Kebelakangan ini, umum mengetahui Netflix sedang giat menghasilkan kandungan dari Korea Selatan. Momentum ini boleh dilihat daripada siri rancangan seperti Squid Game, Hellbound, dan Single’s Inferno yang mendominasi carta platform penstriman tersebut.

Virus zombie dan Korea juga berpisah tiada jadi siri ‘All of Us Are Dead’ dijangka bakal menjadi hit selepas demam Squid Game 2021 dan tayangannya ditunggu-tunggu ramai.

unnamed 8 1
Kredit: Netflix

Tim pemasaran Netflix turut sibuk mempromosikan K-drama terbaru zombie ini. Salah satu taktiknya yang tular adalah apabila netizen Thailand memuat naik gambar iklan promosi ‘All of Us Are Dead’ di negara mereka. Gambar-gambar itu juga viral di Korea Selatan dan disebarkan dalam komuniti dalam talian seperti Theqoo.

unnamed 6 1
Kredit: Netflix

Gambar-gambar tersebut memaparkan trak dicat kuning bagi meniru rupa bas sekolah. Skrin LED digunakan sebagai ganti tingkap sebenar lengkap dengan tompokan darah serta imej ‘pelajar’ yang terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.

unnamed 5 1
Kredit: Netflix
unnamed 9 1
Kredit: Netflix

Grafik yang bergerak-gerak di dalam bas tersebut menangkap perhatian para penonton di jalanan Thailand. Salah seorang netizen Thailand berkongsi klip video iklan “bas sekolah” All of Us Are Dead berkenaan.

Cerita zombi kali ini berlatarkan sebuah sekolah menengah, di mana sekumpulan pelajar cuba keluar hidup-hidup setelah satu sekolah diserang wabak zombie.

unnamed 10 1
Kredit: Netflix

‘All Of Us Are Dead’ akan ditayangkan di seluruh dunia pada 28 Januari 2022. Nantikan tayangannya di Netflix.

Sementara itu, tonton treler yang mendebarkan di bawah:

Sumber: Koreaboo