Home Entertainment CL Rindu 2NE1, Kongsi Perbezaan Menjadi Artis Solo Dan Menjadi Sebahagian Daripada...

CL Rindu 2NE1, Kongsi Perbezaan Menjadi Artis Solo Dan Menjadi Sebahagian Daripada Anggota 2NE1

0

CL terus mencipta nama sebagai penyanyi solo. Baru-baru ini dia telah mendedahkan betapa berbezanya menjadi artis solo dengan menjadi sebahagian daripada kumpulan.

unnamed 2 3

Sebelum ALPHA dikeluarkan, CL sudahpun menjadi artis kesayangan ramai. Anda mungkin mengenalinya sejak dia menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan 2NE1.

Walaupun dia pernah mengeluarkan lagu solo pada masa lalu seperti MTBD, mengeluarkan satu album penuh merupakan salah satu pencapaian yang baharu bagi artis itu.

unnamed 1 4

CL mendedahkan bahawa perbezaan utama sebagai penyanyi solo dan sebagai ahli kumpulan 2NE1 adalah berkaitan dengan tenaga.

“Sebelum naik ke pentas dan apabila berada di atas pentas, saya berasa lebih bertenaga jika saya bersama dengan ahli kumpulan yang lain.

Baca lagi: Sandara Park Mendedahkan Berat Terkini, Hanya Dengan Makan Pisang?

Baca lagi: 2NE1 Dara Dan EXID Hyerin Dedah Cara Idola K-Pop ‘Dating’ Secara Rahsia Di Acara- Acara Besar

2016 09 02 11063 1472799568. large

Jadi, saya merindui saat itu. Akan tetapi, sekarang saya mempunyai peminat saya dan saya menikmati dengan apa yang saya lakukan sekarang.”

unnamed 4 2

Apabila ditanya tentang pengajaran yang dia pelajari sejak di awal kerjayanya, CL berkata, “Teruskan usaha dan benar-benar percaya pada diri sendiri dan […] percaya dengan naluri hati anda dan pastikan anda luangkan masa untuk diri anda sendiri…”

Kami tidak sabar untuk melihat aktiviti CL yang seterusnya!

Sumber: Koreaboo