Baru- baru ini satu kisah tersembunyi mengenai penyanyi Kim Jong-kook dan pelakon Song Ji-hyo telah didedahkan.
Pada 17 Februari, Kim Jong-kook memuat naik video bertajuk, “Chicken Leg Day… (feat. boneless attack)”, di saluran Youtubenya “Kim Jong-kook GYM JONG KOOK”.
Dalam video itu, Kim Jong-kook menganjurkan mukbang ayam bersama dengan bekas kakitangan rancangan hiburan SBS “Running Man”.
Kim Jong Kook kemudian bercerita tentang perkara di sebalik tabir semasa penggambaran rancangan itu dahulu.
Kim Jong-kook berkata, “Episod ‘Running Man’ yang sentiasa kami ingat ialah episode di New Zealand.
Kami berasa seronok semasa penggambaran pada masa itu. Dia (PD Hwan-jin) adalah penerbit utama kami ketika itu”.
PD Hwan-jin kemudian berkata, “Boleh saya katakan sesuatu? Rating penonton ketika itu ialah 10%”. Apabila Kim Jong-kook bertanya, “Bila?“, PD menjawab, “Apabila awak naik Nevis Swing dengan Ji-hyo secara terbalik”.
PD Hwan-in menambah, “Ayunan Nevis benar-benar menakutkan. Saya memujuk mereka untuk menunggangnya secara terbalik untuk menjadikannya lebih menyeronokkan.
Ji-hyo sangat takut tetapi dia berjaya melakukannya kerana kamu (Jong-kook) naik bersamanya. Kami semua tepuk tangan kepada Ji-hyo sebaik sahaja mereka berdua mendarat”.
“Tetapi tiba-tiba salah seorang kakitangan kamera menggeletar dan berkata, ‘Saya terlupa untuk menekan butang rekod (kamera GoPro di sekeliling kepala ahli ‘Running Man’ untuk merakam wajah mereka)’.
Saya kemudian mengaku kepada Jihyo, ‘Ji-hyo, saya minta maaf tetapi kami terlupa untuk menekan rekod”.
Kim Jong-kook kemudian kelihatan tersenyum dan berkata, “Semasa kita semua sedang membeli cenderahati, kan?”.
Baca lagi: Lee Kwang Soo Main Permainan Stail ‘Running Man’ Dengan Anak Saudaranya
Adegan yang disiarkan itu merupakan kali kedua mereka menaiki Nevis Swing. Kim Jong-kook berkata, “Saya masih ingat adegan itu dengan jelas”.
Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo kini masih lagi menjadi bintang utama rancangan hiburan SBS “Running Man” itu.
Sumber: Kbizoom