Home Kdrama/Kmovie 5 Adegan Menarik Dalam K-Drama ‘The Red Sleeve’

5 Adegan Menarik Dalam K-Drama ‘The Red Sleeve’

0

The Red Sleeve mengisahkan kehidupan seorang putera mahkota bernama Yi San (Junho 2PM), menaiki takhta sebagai Raja Jeongjo setelah kemangkatan datuknya.

Dalam usaha untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan bijaksana, Yi San jatuh cinta kepada Deok Im (Lee Se-young), seorang dayang istana yang ceria, cerdas dan sering membantunya apabila menghadapi pelbagai krisis.

Pun begitu, Deok Im yang lebih gemarkan kehidupan bebas enggan menerima lamaran Yi San untuk menjadikannya sebagai gundik diraja. Kerana dia sedar, menjadi gundik di dalam istana tidak akan menjamin kebahagiaan.

Namun takdir pun menyatukan mereka, berikut 5 adegan menarik dalam drama Korea ini yang bakal menyentuh emosi anda:

#1 Keputusan Deok Im

1 7

Seperti dinyatakan dalam sinopsis ringkas di atas, Deok Im merupakan seorang wanita berdikari dan mahu hidup bebas. Namun suatu malam, dia membuat satu keputusan besar dalam hidupnya untuk terus berada di sisi Yi San.

Apabila memilih menjadi gundik, dia tidak boleh berpatah balik kepada kehidupan normalnya lagi. Dengan lembut Yi San mencapai tangan Deok Im dan bertanya adakah wanita itu mahu pergi dari hidupnya?

Melihatkan reaksi Deok Im yang membatu, si raja hampir melepaskan tangannya. Tiba-tiba Deok Im menarik tangan raja itu semula, tanda menegaskan ingin terus bersama dengannya.

#2 Hidup Kesunyian Di Dalam Istana

2 7

Sejak tinggal di istana sebagai gundik diraja, rutin harian Deok Im adalah menunggu kedatangan Yi San melawatnya.

“Tak ada buat apa-apa yang istimewa.” Itu jawapan Deok Im dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan apabila ditanya oleh Yi San buat apa sepanjang hari.

Memilih untuk hidup bersama raja bermakna dia harus menanggung kesan dan tanggungjawab, termasuk mengorbankan jiwanya yang sebenar; iaitu seorang wanita yang berdikari, vokal dan tidak boleh duduk diam. Dia juga kena bertabah melihat rakan-rakannya yang bebas keluar berkelah.

Tidak hanya Deok Im, permaisuri sendiri pernah meluah perasaan apabila terpenjara di dalam istana yang mempesonakan itu. Setapak pun tidak boleh keluar dari tembok istana.

#3 Kasih sayang Yi San Terhadap Deok Im

7 5

Salah satu highlight utama dalam siri ini menunjukkan betapa sayangnya Yi San terhadap Deok Im, sehingga sukar untuk pandang perempuan lain.

Deok Im tanya Yi San, kenapa memilih dia, sedangkan ramai lagi wanita di luar sana yang lebih hebat, datang daripada keluarga baik-baik dan berpendidikan.

Jawab Yi San, kerana tiada seorang pun wanita-wanita itu boleh jadi macam Deok Im.

#4 Sokongan Padu Rakan-rakan

4 5

Dayang-dayang istana iaitu Kim Bok Yeon (Lee Min Ji), Bae Kyung Hee (Ha Yul Ri) dan Son Young Hee (Lee Eun Saem) merupakan sahabat karib Deok Im.

Dalam setiap langkah Deok Im sebagai gundik diraja dan perhubungannya dengan Yi San, mereka sentiasa menyokong dan sedia bertumbuk bagi mempertahankan Deok Im sekiranya ada mulut-mulut yang mengata.

Ikatan persahabatan empat sekawan ini semakin utuh semasa dua episod terakhir, dan saya menyeka air mata pada sekitar pukul 4.00 pagi apabila menonton adegan Deok Im mencari kawan-kawannya semasa saat-saat terakhirnya.

#5 Kematian Putera Mahkota

5 5

Sekiranya ceritanya berakhir pada episod 16, mungkin penonton akan dapat happy ending. Namun menurut beberapa sumber media, drama ini ditambah lagi satu episod; menambah duka dalam hidup Deok Im iaitu kematian anaknya selaku putera mahkota.

“Ada rasa sedih, ada rasa gembira. Itulah makna kehidupan.” kata Deok Im, yang saya sempat ingat.

Tirai drama ini dilabuhkan dengan penamat yang sedih bercampur gembira kerana Yi San dan Deok Im akhirnya bersatu semula walaupun dalam memori.

Nak tengok kat mana drama ‘The Red Sleeve’ ini?

Sekiranya anda belum ikuti siri drama ini, boleh strim dan muat turun ceritanya di Viu.

Aktifkan Viu Premium supaya dapat menonton anime, filem, siri TV dan drama Asia termasuk dari Korea Selatan tanpa gangguan iklan. Pastikan juga anda download aplikasi Viu di smartphone supaya dapat menontonnya ke mana sahaja.

Baca lagi: 5 K-Drama Bertemakan Romantik Komedi Yang Pastinya Menjadi Pilihan Ramai

Baca lagi: Ulasan K-Drama ‘Happiness’: Detik Cemas Penghuni Apartmen Semasa Diserang Virus Zombi