Home Kdrama/Kmovie Tengah Rasa Tak Okay? Ini 12 Quotes Drama ‘It’s Okay To Not...

Tengah Rasa Tak Okay? Ini 12 Quotes Drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Untuk Bersemangat Semula

0

‘It’s Okay To Not Be Okay’ merupakan tajuk K-drama yang popular pada tahun 2020. Walaupun sudah lama berakhir, mungkin terdapat beberapa momen dalam drama ini yang masih berbekas di hati penonton.

Seperti tajuknya, drama ini mengangkat tema isu kesihatan mental dan sarat dengan pesanan tentang self-love.

Mengisahkan seorang pemuda yang bekerja di wad psikiatri sambil menjaga abangnya yang menghidap autisme. Kemudian dia jumpa seorang perempuan sombong, egois, dan anti-sosial yang merupakan seorang penulis buku cerita kanak-kanak. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain serta menyembuhkan luka emosi dan psikologi.

drama korea its okay to not be okay

Berikut 12 ungkapan kata atau quotes dalam drama ‘It’s Okay To Not Be Okay’ berserta terjemahan bagi mengubat rindu kepada drama ini:

#1 “Your body is honest. When you’re in physical pain, you cry. But the heart is a liar. It stays quiet even when it’s hurting.

1 10

Maknanya: “Tubuh awak jujur. Ketika berada dalam kesakitan secara fizikal, awak menangis. Tetapi hati itu pembohong. Ia masih diam walaupun terluka.

#2 “You can’t get out once you’re trapped in the past. You won’t be able to see the door.”

2 9

Maknanya: “Awak tak boleh keluar lagi bila sudah terperangkap dalam masa lalu. Awak tak akan mampu nampak pintu keluar.

#3 “Love is all about patience.”

3 7

Maknanya: “Cinta adalah tentang kesabaran.”

#4 “Some things can’t be torn apart no matter how hard you try to do so.”

4 7

Maknanya: “Sesetengah perkara tak dapat dihancurkan walau sekuat mana pun awak cuba berbuat begitu.

#5 “You shouldn’t be embarrassed about being sad.”

5 8

Maknanya: “Awak tak patut rasa malu untuk bersedih.”

Baca lagi: Agensi Tetap Okay Nak Terima Seo Ye-ji Balik

Baca lagi: Seo Ye-ji Bakal Membintangi K-drama Terbaru Setelah 5 Bulan Menyepi Kerana Skandal

#6 “Only those who have suffered truly understand suffering.”

6 5

Maknanya: “Hanya mereka yang menderita yang betul-betul memahami sakitnya penderitaan.”

#7 “If you want to make people around you happy, you have to find your own happiness first. Being selfish isn’t always a bad thing. Try to only think about your happiness when things are too stressful. It’s okay to do that.”

7 7

Maknanya: “Sekiranya awak nak buat orang-orang sekeliling bahagia, awak kena jumpa kebahagiaan sendiri dahulu. Pentingkan diri sendiri tidak semestinya perkara teruk. Cuba fikirkan kebahagiaan diri awak sahaja bila stress. Tak apa buat macam tu

#8 “Everyone is good and bad. We all live with both traits.”

8 4

Maknanya: “Setiap orang itu ada sisi baik dan buruknya. Kita semua hidup dengan kedua-dua sifat tersebut.”

#9 “Don’t make the same mistake I did and try to run when you can’t even walk. When you’re tired, get some rest. When you’re sad, go ahead and cry. It’s okay to take a break. Then one day, there will surely come a day when you’ll be able to run again.”

9 3

Maknanya: “Jangan buat kesilapan sama yang saya lakukan dan berlari bila awak tak mampu pun berjalan. Bila letih, dapatkan rehat. Ketika sedih, silakan menangis. Okay je untuk berehat. Kemudian suatu hari nanti, akan tiba hari di mana awak boleh berlari semula.

#10 “Adults can’t always be right. We make mistakes until the day we die.”

10 2

Maknanya: “Orang dewasa tidak semestinya selalu betul. Kita buat silap sehingga ke hari kita mati.”

#11 “The first step is always the hardest. But once you take the first step, things will get easier from then on.”

11 1

Maknanya: “Langkah pertama selalunya paling sukar. Tetapi sekali awak mengambil langkah pertama, semuanya akan menjadi mudah sejak detik itu.”

#12 “A fairy tale isn’t a hallucinogen that gives us hopes and dreams. It’s a stimulant that makes us face reality.”

12 1

Maknanya: “Kisah dongeng bukanlah halusinogen yang memberi kita harapan dan impian. Itu adalah perangsang yang membuatkan kita menghadapi realiti.”