Home Kdrama/Kmovie Yakin Dengan Rupa Yang Kacak, Nam Joo Hyuk Mengaku Sering Melakukan Hal...

Yakin Dengan Rupa Yang Kacak, Nam Joo Hyuk Mengaku Sering Melakukan Hal Yang Memalukan Ini Di Zaman Kanak-Kanaknya

0

Pelakon Nam Joo Hyuk mengakui gemar meluahkan perasaannya terhadap perempuan yang disukai ketika zaman kanak-kanaknya.

Malah Nam Joo Hyuk menerusi temu bual bersama majalah Esquire turut berbangga memberitahu ramai perempuan menerima pengakuan cintanya.

1b43227d627047eeb3e4dd22e1946eae

“Saya pernah berbuat demikian (luah perasaan) semasa saya di tadika dan sekolah rendah. Saya rasa, saya selalu luah perasaan masa di tadika.

“Jika saya menyukai seseorang, saya akan mengaku dan ada sesetengah perempuan akan menerima sebab mereka juga menyukai saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: Telefon Nam Joo Hyuk Selalu Berdering Kerana Spekulasi ‘Kematian Baek Yi Jin’

Artikel Berkaitan: 5 Drama Untuk Ditonton Jika Anda Suka “Twenty Five, Twenty One”

twenty five twenty one main 6

Dalam pada itu, Nam Joo Hyuk turut berkata seseorang itu seharusnya meluahkan perasaan terhadap orang yang disukai.

Nam Joo Hyuk juga menjadikan pasangan gandingannya dalam drama Twenty Five, Twenty One iaitu Kim Tae Ri yang melakonkan watak Na Hee Do sebagai contoh.

“Bagi saya, anda harus memberitahu seseorang jika anda menyukainya. Lihatlah Hee Do. Dia tidak menyembunyikan perasaan di dalam hatinya.

“Dia hanya mengaku cintanya terlebih dahulu tanpa mengetahui apa yang berlaku. Yang penting anda perlu mencuba untuk mendapat sesuatu.

“Ini juga boleh digunakan kepada perkara lain juga. Jika saya tidak cuba berlakon, saya tidak akan berada di sini,” ujar.

Sumber: [1]