Home Kdrama/Kmovie Trend ’12 Episod’ Di Dalam K-Drama Semakin Menular, Ini Reaksi Netizen Dan...

Trend ’12 Episod’ Di Dalam K-Drama Semakin Menular, Ini Reaksi Netizen Dan Syarikat Penyiaran

0

Terdapat trend baharu dalam industri K-drama, di mana kini banyak siri popular berakhir dengan hanya 12 episod sahaja.

Dahulu kala, K-drama akan berakhir dengan 16 episod atau 18 episod pada masa-masa tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perubahan dalam trend ini kerana K-drama akan berakhir dengan hanya 12 episod.

Perubahan ini bermula selepas populariti Netflix dan ia turut mengubah penerbitan drama TV. Drama TV popular baru-baru ini ‘A Business Proposal (SBS)’, ‘Thirty, Nine (JTBC)’ dan ‘Through the Darkness (SBS)’ semuanya adalah 12 episod drama.

1649972644 image

Menurut pakar industri, syarikat yang memulakan trend drama pendek ini ialah platform penstriman Netflix. Drama Netflix asal yang mula mendapat populariti di Korea ialah drama ‘Kingdom.’Musim pertama drama ini hanya mempunyai enam episod tetapi ia masih mendapat populariti yang hebat.

Lebih banyak drama asal Netflix seperti ‘D.P.’ ‘Squid Game,’ ‘The Silent Sea’ dan ‘Juvenile Justice’ yang semuanya mendapat populariti di Korea adalah antara 6 hingga 10 episod.

Ada penonton yang memberikan reaksi positif terhadap drama pendek itu kerana jalan cerita yang pantas, yang memotong semua adegan tambahan yang tidak perlu atau penting. Tetapi ada juga netizen yang mengharapkan agar drama itu menjadi lebih panjang.

Bagaimanapun, aliran drama pendek itu menjadi agak membebankan untuk syarikat penyiaran. Ini kerana terdapat beberapa halangan seperti syarat kontrak iklan dan pertambahan jumlah drama setahun yang perlu diterbitkan.

Sumber: [1]