Home Uncategorized “Tarikh Birthday, Tarikh Kantoi Memandu Mabuk, Tempat….Sama?!” Netizen Terkejut Dengan Persamaan Kes...

“Tarikh Birthday, Tarikh Kantoi Memandu Mabuk, Tempat….Sama?!” Netizen Terkejut Dengan Persamaan Kes Mabuk Kim Sae Ron Dan Lizzy

0

Pada 18 Mei, seorang netizen telah mencipta dan menulis satu post yang bertajuk, “Kim Sae Ron, fakta ini menyeramkan”.

Di post tersebut, netizen itu telah meletakkan sekeping gambar Lizzy dan Kim Sae Ron yang sedang meraikan hari lahir mereka bersama-sama, berserta fakta bertulis mengenai insiden mabuk Lizzy dan Kim Sae Ron.

1652920324 pannapp 2022 05 18 21 39 46 1

Persamaannya adalah:

“Lizzy (Dilahirkan pada 31 Julai 1992)

– Kantoi memandu kereta dalam keadaan mabuk pada 18 Mei 2021 / Ke Balai Polis Gangnam (Sebuah teksi muncul berhampiran persimpangan selatan Jambatan Yeongdong di Dam-dong, Pejabat Daerah Gangnam-gu)

Kim Sae Ron (Dilahirkan pada 31 Julai 2000)

– Kantoi memandu kereta dalam keadaan mabuk pada 18 Mei 2022 / Ke Balai Polis Gangnam (Mencuba untuk melarikan diri selepas melanggar pagar, pokok jalan dan kotak elektrik di persimpangan Hakdong di Shinsadong, Gangnam-gu)”

Dengan Lizzy dan Kim Sae Ron mempunyai hari lahir yang sama, ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk pada hari yang sama dengan hanya beza setahun, dan lokasi kejadian berlaku di Gangnam-gu, ramai netizen terkejut dengan persamaan yang menyeramkan itu.

kim sae ron 5 43

Ini antara komen netizen:

“Ini mesti ada hari jadi orang yang mereka berdua rapat…haha.”

“Rasanya seperti mereka berkata ‘disebabkan saya sudah melakukannya, awak juga perlu melakukannya~’.”

“Ada apa dengan tarikh itu? Lolll. Mesti hari jadi kawan mereka. Jika benar, maka itu memang menakjubkan.”

“Mereka berkawan rapat dan memandu dalam keadaan mabuk, mengalami kemalangan, mempunyai hari lahir yang sama, dan kemalangan mereka berlaku pada hari yang sama selang setahun…dan ditahan di jabatan polis yang sama. Saya menggigil. ..

Sumber: [1]