Home Entertainment “Ingat Kelakar Ke Tanya Soalan Macam Tu Dekat Shuib?” Ini Respon Rosyam...

“Ingat Kelakar Ke Tanya Soalan Macam Tu Dekat Shuib?” Ini Respon Rosyam Nor Yang Membuatkan Netizen Lagi ‘Panas’

0

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menerima kecaman hebat daripada netizen kerana mempersoalkan mengenai status duda pelawak, Shuib pada Anugerah Meletop Era 2022 (AME2022) malam tadi.

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin, 55, digandingkan bersama Shuib sebagai penyampai anugerah sebelum pelakon berusia 55 tahun itu menyelit soalan bilakah Shuib akan menamatkan zaman dudanya sekaligus telah membuat situasi kurang menyenangkan di atas pentas.

Seorang pengguna laman Twitter, @aza_mikitty memuat naik satu ciapan menyelar tindakan Rosyam sekali gus berasa simpati terhadap ketidakselesaan Shuib berada di atas pentas.

“Rosyam Nor tanya Shuib dalam TV ‘kau duda terhangat sekarang. Dah 8 bulan ni kan, ada pengganti?’ Shuib sangat tak selesa…

“…tapi menangani situasi dengan berjaya. Namun Rosyam Nor terus memaksa untuk jawapan,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan Rosyam, 55, sebagai biadab.

“Tidak berniat untuk tidak menghormati Rosyam Nor tetapi dia biadab atau bagaimana? Kasihan Shuib kena jawab dan terpaksa senyum. Ingat kelakar ke? Tolonglah matang sikit,” coret seorang netizen.

Selepas diasak dengan soalan mencari pengganti isterinya Allahyarham Siti Sarah, Shuib tiba-tiba bertukar watak dengan bertanya “Kau apa hal? Lu ingat lu gangster ke?” sebelum mengatakan dia hanya berlakon semata-mata.

“Wow lu sound gua la” – Rosyam

Menurut Kosmo! Online ketika dihubungi, Rosyam Nor enggan memberi sebarang komen lanjut berkenaan isu tercetus kerana tidak mahu netizen terus berkata-kata.

“Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang apa yang telah berlaku. Saya malas nak layan apa yang diperkatakan atau digembar-gemburkan netizen,” katanya.

Apapun, sudah tentu Datuk Rosyam tiada niat untuk bertindak sedemikian. Mungkin sekadar mahu ‘menghidupkan’ suasana majlis supaya tidak bosan kan?

Sumber: [1], [2], [3], [4]