Dalam sebuah temubual dengan Selena Gomez baru baru ini, beliau telah membicarakan mengenai perpisahan nya dengan Justin Bieber, selepas dengan episod perubatan nya dan dia menyedari apa yang selayaknya untuk dia dan apa yang tidak.
Selena telah memberi komen tentang perpisahan nya dengan Bieber, dimana pada tahun 2018, Selena berpisah dan berada dalam fasa mencari diri dan belajar menyayangi dirinya. Beliau berkata, ” Saya berada dalam fasa yang sukar dan saya telah bertanya kepada diri sendiri, apa akan terjadi terhadap karier ini.”
Beliau juga menerangkan perpisahan dengan Justin Bieber ketika beliau dilanda masalah kesihatan merupakan sesuatu yang sukar baginya.
Selepas dilihat dirinya yang dahulu, Selena berbangga apabila berjaya melalui fasa sukar dalam kehidupan nya selepas berpisah dengan Bieber. “Saya menjadi lagi grow up dan saya suka dengan apa yang ada pada diri saya sekarang.”
Selena dan Justin mempunyai hubungan dari 2010 sehingga 2018. Sebelum berpisah secara rasmi dengan Selena, Justin telah dikatakan kembali kepada bekas kekasih yang juga isteri nya sekarang, Hailey Baldwin. Buat masa sekarang, Selena tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa dan lebih senang hidup single.
Sumber: HollywoodLife
Baca artikel terdahulu: “Semoga cepat sembuh bieber!” Justin Bieber bantal konsert kerana sakit