Home Entertainment Walaupun Berbadan Kecil, Karina Aespa Mampu Melakukan Perkara Yang Sukar In Dengan...

Walaupun Berbadan Kecil, Karina Aespa Mampu Melakukan Perkara Yang Sukar In Dengan Senyuman!

0

Jangan cakap korang peminat K-POP la kalau tak kenal Karina daripada kumpulan AESPA! Karina seringkali mendapat pujian kerana mempunyai visual dan fizikal yang luar biasa!

Tetapi semestinyalah hasil titik peluh dan usaha yang keras. Karina berkongsi rahsianya ini dan dia sudah mengamalkannya sejak dia menjadi pelatih lagi.

Karina 2.width 800

Aespa yang muncul sebagai tetamu undangan di dalam rancangan ‘The Manager’ telah berkongsi rutin senaman yang dilakukan.

Di dalam rancangan tersebut, Karina berkongsi aktiviti senaman yang dilakunya, sambil dibantu oleh jurulatih peribadinya.

Apa yang mengejutkan ialah, senaman yang dilakukan oleh Karina itu agak berat iaitu bebanan untuk menguatkan bahagian kakinya. Dia juga tidak menolak, jika jurulatihnya menambahkan tahap beban alat senaman yang digunakannya.

unnamed 9

Walaupun nampak sukar, sepanjang sesi senaman, penyanyi cantik itu sentiasa mengukir senyuman di pipinya. Oleh yang demikian, ia telah membuatkan peminat berasa kagum.

Baca lagi: Ini Reaksi Netizen Korea Selepas Melihat Kelibat Jennie BLACKPINK Dalam Drama Siri ‘The Idol’

Baca lagi: Kontrak Kim Garam Dengan HYBE Ditamatkan + Meninggalkan LE SSERAFIM

Hal ini kerana, Karina mempunyai bentuk badan yang kecil dan kurus tapi tenaganya sangat luar biasa. Dia mampu melakukan segala jenis senaman yang disuruh jurulatihnya dengan baik.

Kata Karina, dia melakukan rutin senaman sebegitu sejak tiga tahun lalu sebelum memulakan debut bersama kumpulan Aespa.

Sumber: [1]