Sejak akhir-akhir ini drama Melayu banyak menayangkan kisah cinta terhalang, kisah kahwin paksa, cinta tiga segi dan banyak lagi.
Mungkin ada sesetengah penonton ‘bosan’ dengan genre drama begitu. Jadi, apa kata kita tukar mood sedikit kepada drama adaptasi?
Korang pernah dengar tak dua drama Korea ‘Black’ dan juga ‘She Was Pretty’? Mesti pernah kan? Sekarang kita boleh layan versi Malaysia pula. Jom kita tengok sinopsis dua drama versi Malaysia ni:
Black
Drama Black ini adalah adaptasi dari drama Korea dari judul yang sama. Jika drama Black versi Korea dilakonkan oleh Go Ara dan Song Seung-heon, versi Malaysia pula memaparkan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman dan ramai lagi.
Ia mengisahkan tentang makhluk ghaib atau bunian yang telah masuk ke alam manusia dengan menggunakan tubuh seorang anggota polis yang telah meninggal dunia (Kamal Adli) demi mencari rakannya yang hilang.
Tetapi, Black mula hilang fokus apabila dia bertemu dengan Sofia (Siti Saleha). Sofia merupakan seorang perempuan yang mempunyai kelebihan di mana dia boleh melihat kematian.
Dengan watak yang menarik, jalan cerita yang lain daripada yang lain, penyiasatan yang tiada hujungnya dan ada juga unsur komedi pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti untuk menonton episod seterusnya.
Untuk pengetahuan, terdapat dua season untuk drama ‘Black’ ini, dan semua episod boleh ditonton di sini!
She Was Pretty
Drama She Was Pretty ini juga merupakan drama adaptasi dari drama bersiri Korea dengan tajuk yang sama iaitu She Was Pretty. She Was Pretty Korea dilakonkan oleh Park Seo Joon, Hwang Jung-eum, Choi Si-won dan ramai lagi.
Manakala untuk versi Malaysia pula, dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza, Diana Daniella, Daniella Sya, Alvin Chong dan ramai lagi.
She Was Pretty menceritakan tentang Haniff (Aiman Hakim Ridza) dan rakan zaman sekolahnya yang bernama Nadia (Diana Danielle), seorang perempuan yang cantik dan manis.
Namun, mereka terputus hubungan dan tidak lagi berjumpa antara satu sama lain. Sehinggalah mereka beranjak dewasa, Haniff ingin berjumpa semula dengan Nadia, tetapi Nadia tidak yakin dengan penampilannya yang tidak lagi secantik dulu.
Baca lagi: She Was Pretty (Malaysia) vs She Was Pretty (Korea), Ada Beza Ke?
Akhirnya, Nadia meminta bantuan rakannya yang bernama Kejora (Daniella Sya) untuk menyamar menjadi dirinya. Drama ini menjadi lebih menarik apabila Nadia mengetahui bahawa Haniff merupakan bos baharunya.
Kedua- dua drama ini mendapat sambutan yang hebat, dan kalau anda berminat untuk menonton anda boleh klik di sini dan nikmati tontonan tanpa iklan dengan menggunakan akaun premium
Baca lagi: Apa Yang Menarik Tentang 4 Drama Korea Ini Sehingga Mendapat ‘Rating‘ Yang Tinggi?