Home Entertainment Peminat Kecewa Jake ENHYPEN Melakukan Hal Ini Hanya Kerana Bertemu Perempuan Cantik?

Peminat Kecewa Jake ENHYPEN Melakukan Hal Ini Hanya Kerana Bertemu Perempuan Cantik?

0

Pada 22 Ogos, seorang netizen membuat siaran di forum komuniti dalam talian bertajuk, “Jake ENHYPEN meminta pemetik rokok kepada seorang wanita di Itaewon”.

Netizen itu turut memuatnaik beberapa keping gambar yang kononnya menunjukkan anggota ENHYPEN Jake bersama seorang kenalan, sedang berinteraksi dengan beberapa wanita.

1661221297 pannapp 2022 08 22 23 45 43

Jake yang bertopi dan bertopeng hitam itu dilihat dengan sebatang rokok di mulutnya, sambil kelihatan membuat isyarat pemetik api dengan tangan di hadapan seorang wanita berbaju hitam.

Baca lagi: Mengugut Bekas Teman Wanita Dengan Senjata, Identiti Peserta ‘Produce 101’ Ini Didedahkan

Baca lagi: Idola Wanita Ini Kantoi Berada Di Dalam Bilik Menunggu ENHYPEN

1661221297 pannapp 2022 08 22 23 45 43 1

Netizen memberi komen:

“Sekarang memang agensi tak jaga idola mereka ke?”

“Mungkin gadis itu cantik…”

“Dia mempunyai banyak wang, jadi dia hanya perlu membeli 500 won [pemetik api] dan menggunakannya. Mengapa seorang idola perlu meminjam pemetik api daripada seorang gadis yang dia fikir cantik?”

“Dia merokok??? Dari bila ni?”

“Tiada masalah dia merokok. Dia sudah dewasa. Tetapi meminta pemetik api daripada seorang gadis adalah keterlaluan.”

“Sila muat naik penjelasan, Jake TT.”

 “Kenapa dia jadi macam ni sebenarnya? TT”

Sumber: [1]