Baru-baru ini Soobin TXT meraikan hari lahirnya yang ke-22 dan mengadakan siaran langsung supaya dia dapat meraikannya bersama MOA juga.
Soobin terkenal dengan siaran langsungnya yang menarik, meluangkan masa untuk membaca komen dan menjawab soalan hangat peminat dengan teliti. Ahli TXT juga mendedahkan fakta baharu tentang dirinya dalam setiap siaran langsung, membantu peminat berasa lebih dekat dengannya.
Di dalam livenya, dia ada bercakap tentang adik beradik Huening Kai, iaitu Lea dan Bahiyyih Kep1er. Dia juga memberi gambaran kepada peminat tentang hubungan TXT dengan sunbae superstar mereka iaitu BTS, dan ahli kegemarannya dalam BTS.
Dia juga menjawab soalan peminat; seseorang secara khusus menarik perhatiannya dan membuatkan dia bersyukur kerana ada orang yang mengutarakannya.
MOA itu bertanya kepada Soobin apakah batasan kumpulan itu berkaitan dengan menandatangani autograf atau mengambil gambar dengan peminat apabila kumpulan itu dilihat di khalayak ramai.
TXT memulakan jelajah dunia pertama mereka pada musim panas ini, dan semasa mereka mengembara ke seluruh dunia, beberapa MOA yang bertuah dapat melihat kumpulan itu di luar.
Video outing mereka banyak tersebar di media sosial dan kelihatan seperti ahli memohon maaf kepada peminat kerana terpaksa menolak permintaan peminat untuk bergambar.
đ¤: if you met a moa how far could you go in terms of giving autographs or taking pics
đ°: iâve always wanted to talk about this
đ°: at first i couldnât understand it but even before debut the company said if we met a fan we should never take a photo with them #TXT #SOOBIN pic.twitter.com/gKNkIyzyyi— txt weverse translations (@txt_verse0304) December 7, 2022
Walaupun peminat sering menganggap sebabnya adalah untuk privasi dan menghormati hubungan antara peminat dan idola, Soobin mendedahkan alasan yang sebenar sambil menyatakan kekesalannya kerana mereka tidak dapat mengambil gambar bersama peminat.
Dia berkongsi yang salah satu kebimbangan ialah seseorang boleh menyamar sebagai “peminat” tetapi mempunyai niat jahat. Dia memberikan contoh bahawa seseorang boleh bersikap mesra apabila bertemu dengannya tetapi sejurus pulang ke rumah, orang itu boleh mendakwa dia bersikap “kejam” dalam talian, dan orang ramai lebih cenderung untuk mempercayai penuduh kerana bukti gambar itu.
Baca lagi: Jinni Ditendang Keluar NMIXX Selepas Ditangkap Kerap Pergi Ke Motel Bersama Idola Lelaki Ini
Baca lagi: Seungyeon KARA Akui Dia Pada Mulanya Tidak Bersetuju Youngji Menyertai Kumpulan, Ini Sebabnya
Soobin memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat memenuhi hasrat mereka dengan mengambil gambar tetapi menjelaskan bahawa walaupun dia menyesal tidak dapat bergambar dengan peminat, kumpulan itu lebih gembira untuk menandatangani autograf.
Sumber: [1]