Diilhamkan oleh ‘Golden Raspberry Awards’ di A.S., saluran media Sports Kyunghyang menjalankan tinjauan dengan 34 wartawan industri filem Korea untuk menentukan pemenang ‘Anugerah Raspberry’ Korea Selatan sendiri.
Versi Sports Kyunghyang ‘Anugerah Raspberry’ Korea Selatan meminta wartawan industri mengundi dalam tiga kategori tahun ini: 1) ‘Filem Terburuk 2022’, 2) ‘Pelakon Terburuk 2022’ dan 3) ‘Pelakon dengan Perangai Terburuk 2022’.
Pertama, filem ‘Serve The People’, arahan Jang Chul Soo, dipilih sebagai ‘The Worst Film of 2022’ dengan 18 undian. Beberapa wartawan mengulas, “Terlalu banyak adegan seksual tanpa sebab”, “Pengorbanan Yeon Woo Jin adalah sia-sia.”
Filem asal Netflix ‘Carter’ mendapat 9 undian untuk mendapat tempat ke-2, manakala ‘Alienoid’ arahan Choi Dong Hoon mendapat 7 undian untuk tempat ke-3.
Baca lagi: “Mimpi Ke?” Baru Sahaja Debut, IVE Berjaya Dapat Anugerah Besar, Ini Komen Mereka
Baca lagi: “Saya Sukakan P Nation, Tapi…” DAWN Kongsi Cerita Sebenar Mengapa Tinggalkan Agensi Itu.
Seterusnya, pelakon Ji Ahn dari ‘Serve The People’ telah dipilih sebagai ‘The Worst Actor of 2022’ untuk peranannya sebagai Soo Ryun. Seramai 21 wartawan mengundi pelakon itu.
Tempat ke-2 dimenangi So Ji Sub daripada ‘Alienoid’ dengan 6 undian, kerana beberapa wartawan mengulas, “Ini bukan awak. Kami nak tengok So Ji Sub yang bagus dalam lakonan.”
Akhirnya, pelakon Ma Dong Seok telah diundi sebagai ‘The Actor with the Worst Manners of 2022’ dengan 20 undian.
Menurut pemberita, walaupun mengambil bahagian dalam ‘The Roundup’ arahan Lee Sang Yong (sekuel kepada ‘The Outlaws’) sebagai pelakon utama dan penerbit, Ma Dong Seok enggan mengambil bahagian dalam sebarang wawancara akhbar kerana jadualnya yang padat.
Sebaliknya, agensi pelakon itu hanya mengemukakan satu set soalan dan jawapan. Sekali lagi untuk tayangan perdana filemnya ‘Men of Plastic’ pada bulan November, Ma Dong Seok tidak melibatkan diri dalam semua aktiviti promosi, dan akhirnya membuatkan seluruh krew filem itu sendiri untuk menjalankan temu bual dan promosi lain.
Justeru, beberapa wartawan mengkritik pelakon utama itu dengan komen seperti, “Itu bukan sikap yang sepatutnya ada pada seorang pelakon utama. Dia mempunyai tanggungjawab kepada pasukan produksinya” dan “Ia sangatlah tidak profesional”.
Pelakon Kim Tae Ri ‘Alienoid’ mendapat tempat ke-2 dengan 11 undian. Beberapa wartawan mengkritik Kim Tae Ri kerana sikapnya yang tidak professional semi sesi temu bual.
Pelakon Nam Joo Hyuk filem ‘Remember’, mendapat 6 undian dan sekali gus melatakkan diri pada tempat yang ke-3. Dia dipilih oleh beberapa wartawan kerana ketiadaannya semasa tempoh promosi filem itu kerana kontroversi minum minuman keras di bawah umur.
Sumber: [1]